Bayern Munich telah menyatakan kemarahan mereka dengan tindakan Barcelona yang dianggap telah mengganggu pemain penting mereka iaitu Joshua Kimmich.

Baca Juga:

Presiden Bayern Munich, Herbert Hainer dengan terbuka mengutuk Xavi Hernandez yang menurutnya tidak menghormati Bayern Munich dengan bercakap tentang pemain penting kelab itu.

Sebelum ini Xavi menyatakan dengan terbuka bahawa mereka akan mengadakan rundingan dengan Joshua Kimmich untuk membawa pemain itu ke Barcelona.

Kimmich seringkali menganggap Xavi sebagai idolanya. Dan pengurus Barca itu sangat meminati dengan aksi serba boleh pemain itu di atas padang.

Xavi mulai meminati Kimmich ketika pertama kali dia mendengar Guardiola memuji pemain itu ketika masih menguruskan Bayern.

Kimmich boleh beraksi di tengah, di pertahanan, sama ada peranan lebih defensif atau ofensif.

Pada 2019, Xavi berkata: “Saya ada bercakap dengan Pep dan dia memberitahu saya bahawa dia ada seorang pemain yang boleh bermain di kesemua posisi. Dan saya bertanya siapakah dia? Pep menjawab orangnya ialah Kimmich.”

“Sejak itu saya tahu dia akan menjadi pemain yang hebat. Dia akan menjadi pemain yang sempurna untuk Barcelona.”

“Sama seperti di Bayern, di sini pun dia masih boleh mencapai banyak kejayaan.”

Dan kini Xavi mahu membawa sendiri pemain itu ke Nou Camp.

Beberapa hari lalu Xavi berkata: “Kimmich adalah pemain berkelas dunia yang memahami bola sepak dengan cara luar biasa. Jika ada pintu rundingan dibuka, Barcelona akan berunding dengan Bayern.”

Kenyataan itu membuatkan presiden Bayern, Herbert Hainer bengang ketika ditanya tentang pandangannya ke atas komen pengurus Barcelona itu tentang Kimmich.

“Pertama sekali, Xavi adalah pemain yang hebat dan saya sangat menghormati Barcelona.”

“Namun saya tak faham kena mereka secara terbuka dan biadap sekali cuba memikat pemain kami? Joshua Kimmich adalah batu asas penting untuk kami.”

“Joshua adalah pemimpin, telah memenangi banyak piala dengan kami dan akan terus memenangi trofi dengan kami di masa akan data. Dia sememangnya berada dalam perancangan kami di masa hadapan. Dan salah seorang pemain penting sebagai teras untuk membina pasukan.”