Baru sahaja semusim bergabung dengan Los Blancos, penyerang Real Madrid, Luka Jovic dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk keluar dan bermain kelab lain secara pinjaman.
Ketajaman Jovic dengan Eintracht Frankfurt menjadikan Real Madrid berminat untuk menandatanganinya musim panas lalu. Di mana Real Madrid membayar sehingga €60 juta untuk Jovic.
Namun, Jovic tidak dapat menepati harapan para peminat Real Madrid terhadapnya.
Beliau malah menjadi pemanas bangku simpanan di Real Madrid. Sedangkan ketika ditandatangani beliau diperkenalkan dalam majlis yang gemilang.
Penggempur berusia 22 tahun itu bergelut dengan prestasi dan kecergasannya sepanjang musim pertamanya di Real Madrid.
Marca melaporkan bahawa Jovic kini merasakan dirinya kurang selesa di Real Madrid. Antara sebabnya adalah kegagalan menjadi pemain kesebelasan utama.
Di mana musim lalu Karim Benzema adalah pilihan utama Zinedine Zidane. Benzema menikmati salah satu musim terbaiknya musim lalu.
Beliau membantu Real Madrid menamatkan dominasi Barcelona di dalam kejuaraan La Liga.
https://twitter.com/Realmadridplace/status/1305890578551447555
Sedangkan sebelum itu Real Madrid dikatakan mahu membawa masuk Jovic untuk menjadi penggempur utama menggantikan Karim Benzema yang semakin berusia.
Malang sekali ia tak berlaku pada musim lalu.
Lantas beliau mahu angkat kaki secara pinjaman ke kelab lain kerana mahu mendapatkan minit perlawanan secara konsisten.
Beliau juga mahu mendapatkan semula keyakinannya di atas padang. Musim lalu Jovic menjadi rebutan banyak kelab.
Marca turut melaporkan, jika Jovic pergi pada kali ini, Real Madrid tidak akan mengubah polisi mereka untuk tidak menandatangani mana mana pemain bintang kerana mahu berjimat.
(🚨) Change of plans at Real Madrid, they plan to send Jović on loan somewhere where he would play, Milan are candidates. Also the club is angry that Mariano is not accepting to leave & could use Mayoral as a back-up to Benzema this season. (AS) #rmalive ⚪️🇷🇸🇪🇸 pic.twitter.com/QdPRtaV6G5
— Madrid Zone (@theMadridZone) September 17, 2020
AC Milan dianggap destinasi yang paling hampir untuk Jovic. Namun pada masa yang sama, beberapa kelab Bundesliga juga berminat dengan beliau.
Baca juga perkembangan lain
Tiada Sancho, Grealish & Bale Datang Ke United Kerana Mereka Dah Habis Duit, Kata Tim Sherwood