Barcelona agak kecewa dengan Frenkie De Jong yang tidak mahu menerima pemotongan gaji. Dan kini kelab itu dikatakan terbuka untuk menjual pemain itu.
Manchester United masih lagi menjadi kelab yang benar benar serius mahukan De Jong.
Sebelum ini Barcelona meminta De Jong menerima perpindahan ke Manchester United.
Ketika itu De Jong tidak setuju dengan cadangan itu. Dan menyatakan bahawa dia mahu terus kekal di kelab yang dia sokong dari kecil.
Tetapi tidak lama kemudian, De Jong sedia mendengar tawaran Man United kerana faktor Erik Ten Hag.
Barcelona dan Man United hanya gagal mendapat kesepakatan harga sahaja dalam beberapa siri rundingan.
Beberapa minggu kemudian, Laporta menyatakan bahawa kelab mahu mengekalkan De Jong dengan apa cara sekalipun.
Namun itu hanya boleh dilakukan jika De Jong menerima pemotongan gaji.
De Jong tak setuju dan Barca kini mahu menjual pemain itu. Pemain tengah antarabangsa Belanda itu dilaporkan sedia menyertai Manchester United.
Tetapi sebarang rundingan perpindahan De Jong menjadi rumit kerana ada tunggakan gaji bernilai sekitar €17 juta dengan kelab itu. Tunggakan itu berlaku ketika kelab berdepan dengan musim pandemik.
Barcelona kemudian menyatakan De Jong boleh meninggalkan kelab itu dan dijual ke Manchester United dengan syarat pemain itu setuju kelab tidak akan membayar penuh tunggakan gajinya. Barcelona hanya mahu sebahagian daripada gaji pemain itu.
Menurut laporan Football Transfers, Barcelona hanya sedia membayar €3.5 juta sahaja dan meminta De Jong setuju untuk melupakan bakinya.
Pada masa yang sama Barcelona masih meminta pemain itu mempertimbangkan pemotongan gaji untuk mengekalkan dia di Barca. Ini kerana Barca berdepan masalah pada akaun FFP jika De Jong enggan menerima pengurangan gaji.
Barcelona masih berusaha mendapatkan Robert Lewandowski, Raphinha dan Bernardo Silva.
Selain daripada Manchester United, Chelsea antara kelab yang sedia mendapatkan De Jong. Namun buat masa ini The Blues masih belum mengambil langkah lebih ke hadapan.