Baki perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menjadi fokus utama bagi skuad Harimau Malaya.

Perkara ini disuarakan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam setelah saingan Piala AFF Suzuki edisi 2020 ditangguhkan ke tahun 2021.

Menurut Stuart, penangguhan tersebut akan memudahkan pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe bagi mempersiapkan pasukan menjelang tiga baki perlawanan peringkat kelayakan.

Baki
Sumber Gambar: FAM

“Selepas aksi pemanas badan menentang Bahrain, skuad kebangsaan akan terbang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi perlawanan pusingan kedua kelayakan pada 8 Oktober.

“Kita akan kembali ke tanah air untuk aksi persahabatan menentang Kuwait di Stadium Nasional Bukit Jalil pada November nanti.

“Namun saya dimaklumkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) masih memantau situasi semasa pandemik COVID-19 sebelum membuat keputusan lanjut berhubung kebenaran mengadakan aksi persahabatan berkenaan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Baki
KUALA LUMPUR, 14 Nov — Pemain Malaysia Mohamadou Sumareh meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kemenangan pada aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Malaysia menang dengan keputusan 2-1 Thailand.
–fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Selepas perlawanan berdepan UAE, Malaysia dijadual menerima kunjungan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 Oktober, sebelum menamatkan pusingan awal kelayakan menentang Thailand di Bangkok pada 17 November ini.

Jawatankuasa Pasukan Petugas Piala AFF Suzuki memutuskan untuk menunda saingan ke tahun 2021 ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda dunia ketika ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan di sini:

Luqman Hakim: Wan Kuzri Ala-Ala Toni Kroos

Ini Senarai 30 Pemain Skuad Malaysia B19 Untuk Latihan Fasa 2 Menjelang Kejohanan AFC B19 2020

Brendan Gan: Tiada Yang Mampu Menandingi “Atmosphere” Stadium Nasional Bukit Jalil