Pemain tengah skuad kebangsaan, Brendan Gan berkata tiada apa yang mampu menandingi suasana Stadium Nasional Bukit Jalil apabila dibanjiri dengan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya.
Bercakap kepada FIFA, pemain yang memasuki tahun keempat beraksi bersama Malaysia itu menegaskan beliau tidak pernah menyaksikan stadium yang dibanjiri oleh lebih 80 ribu penyokong sebelum ini.
“Sangat menakjubkan bagaimana rakyat negara ini sangat meminati bola sepak. Saya berpendapat tiada apa yang boleh menandingi suasana di Bukit Jalil.
“Tangga di stadium itu cukup curam dan mempunyai bumbung. Jadi sorakan penyokong akan kedengaran dengan jelas.
“Secara jujurnya, saya tidak pernah melihat perkara itu sebelum ini. Orang dari luar negara datang untuk merasakan sendiri suasana di SNBJ, dan rata-rata mereka berkata itu perkara terbaik dalam hidup mereka,” kata Gan.
Pada masa yang sama, Brendan Gan berkata Malaysia kini dilihat sebagai pasukan yang mampu mencabar pasukan besar seperti UAE.
“Para peminat teruja dengan kemungkinan pasukan negara layak ke Piala Asia, dan mereka berhak untuk berasa demikian kerana sudah lama Malaysia tidak beraksi di pentas itu.
“Secara perlahan-lahan kami berada di tahap yang mana kami mampu untuk mengatasi pasukan seperti UAE. Kami tidak lagi dilihat sebagai pasukan pelengkap.
Malaysia akan berdepan Vietnam, UAE dan Thailand dalam baki perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan Malaysia di sini:
Luqman Hakim Mendahului Undian Bagi Anugerah “Golden Boy” Tahun 2020
Kuwait Uji Kekuatan Harimau Malaya Di Stadium Nasional Bukit Jalil Pada Bulan November
26 Atau 27 Pemain Akan Dipanggil Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya