Ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar menegaskan ancaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan hanya Liridon Krasniqi malah semua pemain pasukan itu menjelang perlawanan Piala Sumbangsih 2020 di Stadium Sultan Ibrahim Jumaat ini.

Baddrol berkata demikian ketika diajukan soalan pada sesi sidang media mengenai pertembungan beliau dengan Liridon memandangkan kedua-dua pemain itu pernah menjadi rakan sepasukan selama tiga setengah musim. Baddrol menegaskan JDT lebih dari sekadar Liridon di atas padang.

Baddrol Bakhtiar
Sumber Gambar: MFL

“Saya tidak memikirkan tentang Liridon sahaja sebaliknya semua pemain JDT bagi perlawanan esok. Kami menjalani sesi pra musim yang baik namun masih ada ruang untuk penambahbaikan. Kami akan bermain di stadium yang mempunyai padang terbaik dan semua sudah sedia untuk beraksi,” kata Baddrol.

“Penting untuk kami menampilkan persembahan terbaik dan jika bernasib baik, kami dapat membawa pulang satu trofi sebelum saingan Liga Malaysia musim ini membuka tirai.

Baddrol Bakhtiar
Liridon dan Baddrol ketika beraksi di Kedah. Sumber Gambar: Arenabolasepak.my

Sebagai rekod, Kedah telah tampil dalam 7 perlawanan Piala Sumbangsih setakat ini dan 3 kali muncul sebagai juara. Dari 3 kejuaraan itu 2 kali adalah ditempat sendiri dan sekali ditempat lawan.

Bagi JDT pula, ini adalah penampilan ke 6 berturut-turut dalam Piala Sumbangsih sejak edisi 2015 dan mereka merekodkan 4 kali sebagai juara dan hanya sekali muncul sebagai naib juara, pada edisi 2017.

Baca artikel lain mengenai perlawanan Piala Sumbangsih 2020 antara JDT menentang Kedah di sini:

Aidil Sharin Gesa Pemain Tidak Terlalu Berikan Tumpuan Kepada JDT

Piala Sumbangsih: ‘Winning Rate’ JDT Adalah 80% Selain Berpeluang Muncul Pasukan Pertama Juara 3 Kali Berturut-Turut.

Hariss Harun: Kami Ada Tanggungjawab Untuk Memastikan Kejuaraan Ini Kekal Milik JDT, Kedah Akan Halang Sekali Lagi?