Menjelang perlawanan Piala Sumbangsih 2020 antara Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada esok, pengendali skuad Lang Merah, Aidil Sharin mahu para pemainnya untuk tidak terlalu memberikan perhatian kepada pasukan lawan.

Aidil berpendapat JDT sememangnya pasukan yang kuat dan mereka memiliki barisan pemain yang mempunyai kualiti. Namun, apa yang penting bagi Aidil ialah anak-anak buahnya memberikan fokus terhadap diri sendiri dan bagaimana untuk kekal konsisten sepanjang musim.

Aidil Sharin
Sumber Gambar: MFL

“Seperti yang kita tahu, JDT sentiasa menjadi pasukan yang kuat meskipun hanya membuat perubahan kecil. Mereka bukan sahaja mempunyai kesebelasan yang kuat, tetapi juga mempunyai pemain simpanan yang mampu mengubah perlawanan seperti Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid.

“Untuk kami, kami perlu memberi fokus terhadap diri sendiri. Tapi apa yang penting, bagaimana kita meningkatkan kualiti pasukan bukan sahaja untuk perlawanan esok, malah untuk sepanjang musim. Cabaran untuk kami ialah bagaimana pasukan kekal konsisten kerana itu penting jika mahu berada di puncak,” kata Aidil.

Aidil Sharin
Sumber Gambar: MFL

Tambah Aidil, para pemain kini sudah bersedia untuk diturunkan kecuali Farhan Roslan yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Mengulas mengenai beraksi di permukaan padang Stadium Sultan Ibrahim, menurut Aidil Sharin permukaan padang yang berbeza tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk pemain tidak menampilkan persembahan terbaik.

Baca artikel lain mengenai perlawanan Piala Sumbangsih 2020 antara JDT menentang Kedah di sini:

Piala Sumbangsih: ‘Winning Rate’ JDT Adalah 80% Selain Berpeluang Muncul Pasukan Pertama Juara 3 Kali Berturut-Turut.

Kedah Terima 300 Tiket Tambahan Untuk Piala Sumbangsih 2020

CIMB Piala Sumbangsih 2020: Hanya 500 Tiket Sahaja Diperuntukkan Untuk Penyokong Kedah