Baddrol Bakthtiar telah menghebahkan bahawa beliau sedang mencari bakat baharu di sekitar Gurun untuk menyertai pasukan bola BB7.

Pengumuman itu dibuat menerusi siaran rasmi Facebook Baddrol Bakhtiar.

Sebelum ini Baddrol Bakhtiar berjaya mencipta kejutan apabila menang besar di DUN Gurun dengan memperoleh 17,771 undi dan majoriti sebanyak 6,684.

PRN: Baddrol Bakhtiar Menang Kerusi DUN Gurun

Baddrol sebelum itu telah mencapai kesepakatan dengan Sabah FC untuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama bagi mengejar kariernya dalam bidang politik.

Jiwa bola sepak yang ada pada Baddrol Bakhtiar tak akan padam. Selain daripada berkhidmat dalam memperbaiki infrastruktur lain di kawasannya, Baddrol Bakhtiar tidak lupa untuk menubuhkan pasukan bola sepak.

Jadi semua penduduk Gurun tanpa mengira bangsa diminta hadir ke sesi pemilihan yang akan diadakan pada 14 dan 15 Oktober akan datang di Padang Modenas Gurun.

Di mana pemilihan adalah tertutup kepada penduduk di Gurun berusia 17 – 39 tahun.

Berikut adalah maklumat lain yang dikongsikan di Facebook beliau tentang syarat pemilihan pemain pasukan bola BB7:

1. Penduduk Gurun

2. Berumur 17 Tahun sehingga 39 Tahun.

Tarikh : 14 dan 15 Oktober 2023

Tempat: Padang Modenas Gurun

Masa: 8 pagi hingga 7 petang

Semua peserta perlu membawa kad pengenalan pada hari pemilihan nanti.

Dan anda yang mahukan maklumat lebih lanjut boleh hubungi whatsapp urusetia pemilihan di sini.

Selamat berjaya kepada yang menghadiri sesi pemilihan.