Ayah kepada Harriet Robson sudah pun membuat kenyataan rasmi mewakili keluarganya dan anak perempuannya berkenaan dengan video dan imej yang tersebar semalam.
Di mana telah tular video yang menunjukkan beberapa paparan imej dan juga keadaan Harriet Robson dalam keadaan lebam dan mukanya tercedera kerana dibelasah oleh Mason Greenwood.
Namun Robson telah menyelar pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan video tersebut kepada umum. Kerana menurutnya, Harriet tidak mahu perkara itu diketahui umum dan anaknya tidak berniat langsung mahu memuat naik video tersebut ke media sosial.
Daily Mail berjaya mendapatkan encik Robson untuk mendapatkan kenyataan daripadanya.
Teman Wanita Greenwood Tunjuk Bukti Dia Didera Dan Dicederakan
Robson berkata: “Kami dapat tahu perkara ini pertama kali pada 6 pagi ini. Ianya sangat menyedihkan. Saya datang untuk menjelaskan tentang semua ini.”
“Sebagai ayah, kamu tak mahu tahu perkara perkara seperti ini berlaku kepada anak kamu. Polis sudah berada di rumah kami dan Harriet sudah pun memberikan kenyataan kepada mereka.”
“Dia [Harriet] memberitahu kami bahawa telefon bimbitnya digodam. Kami menyuruhnya untuk menurunkannya , dan dia sudah melakukannya, namun sekarang ianya dah terlambat kerana ianya sudah tersebar.”
“Dia sangat terkejut dan tidak mahu perkara itu diketahui umum. Kami sudah mengenali Mason Greenwood sejak dia bermain untuk B-21 lagi. Dia sudah menjadi sebahagian keluarga kami untuk sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini.”
“Hubungan mereka tidak begitu bagus dalam beberapa bulan ini. Harriet benar benar kecewa dengan apa yang berlaku.”
“Mereka sangat saling mencintai dan sudah tinggal bersama. Polis kini mengendalikan kes ini.”
🚨 Harriet Robson's father has released a statement on Mason Greenwood and his daughter. (Source: @MailSport) pic.twitter.com/m3vlYygEjQ
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) January 30, 2022
Manchester United sudah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang penggantungan Mason Greenwood daripada tugasan pasukan mereka sehingga diberitahu kelak.
Ini kerana pemain itu masih dalam siasatan berkaitan dengan keganasan domestik.
Kenyataan ayah Harriet itu benar benar membuatkan netizen rata rata kecewa dengannya. Kerana menurut mereka, sebagai ayah, dia seharusnya menyokong anaknya dan menentang pesalah penderaan ke atas anaknya.
Ada juga yang menganggap ayah Harriet ibarat lebih memikirkan soal menjadi ayah kepada teman wanita Greenwood berbanding menjadi ayah kepada Harriet.
This man is clearly more concerned about being Greenwood’s girlfriend’s dad than being Harriet’s father. Disgraceful dude https://t.co/OLwcXOciVb
— ctg28/kokoka™ (@fuckctg) January 30, 2022