Aston Villa tanpa belas kasihan telah berjaya belasah Brighton 6-1 di Villa Park. Ianya kekalahan yang sangat memalukan daripada skuad Brighton.
Dengan skuad bimbingan Roberto De Zerbi menanggung 3 kekalahan daripada 4 perlawanan terakhir mereka. Dan bolos sebanyak 11 kali.
Ollie Watkins mencetak hatrik dalam aksi sebentar tadi. Sementara itu Douglas Luiz dan Jacob Ramsey turut berada dalam senarai penjaring.
Estupinan menjaringkan gol sendiri untuk menambah lagi gol Aston Villa.
Ansu Fati sempat memberikan sedikit sinar harapan buat Brighton dengan gol minit ke-50. Namun hari ini ternyata milik Unai Emery berbanding De Zerbi.
Walaupun Aston Villa cuma ada 38% penguasaan bola, namun mereka ada 19 percubaan ke gawang Brighton berbanding hanya 11 percubaan daripada Brighton.
Seterusnya 9 percubaan tepat dicetak oleh Villa berbanding cuma 3 oleh Brighton.
6-1 Aston Villa.
IT'S SIX !!!!!! BRIGHTON HAVE CONCEDED A SIXTH GOAL !!! pic.twitter.com/tLewDWEZG0
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) September 30, 2023
Ramai yang sebenarnya tidak menjangkakan Aston Villa akan mampu belasah Brighton memandangkan reputasi skuad Seagulls sejak akhir akhir ini yang sangat kuat.
Terutama sekali selepas mereka mencipta kemenangan ke atas Man United di Old Trafford.
Aksi seterusnya, Brighton akan berdepan Marseille dalam kempen UEL. Seterusnya dua aksi berdepan Liverpool dan Man City dalam EPL.
Diikuti dengan perlawanan menentang Ajax dalam kempen UEL.