Walaupun berjaya menewaskan Barcelona dalam el clasico sebelum ini, Real Madrid menurut Zidane masih bergelut musim ini. Buktinya mereka nyaris dimalukan oleh Borussia Mochengladbach.
Dalam kunjungan Real Madrid ke Borrusia Park, Real Madrid ketinggalan dua gol menerusi dua jaringan Marcus Thuram.
Marcus Thuram scored two goals against Real Madrid in the Champions League tonight.
Last week he had to Google himself just to get past security.
(via @borussia_en) pic.twitter.com/5CeLJ20ZCn
— ESPN FC (@ESPNFC) October 27, 2020
Namun mujur skuad bimbingan Zinedine Zidane melakukan kebangkitan minit akhir untuk mengelak daripada kalah.
Karim Benzema merapatkan jurang gol pada minit ke-87. Dan Casemiro menyelamatkan pasukannya daripada dikejutkan Mochengladbach dengan gol pada masa kecederaan.
Casemiro turut menjadi pencipta assist untuk gol pertama.
https://twitter.com/RMadridHome/status/1321208494222172160
Perlawanan berakhir dengan skor dua sama. Sekaligus mengelakkan diri untuk tewas sekali lagi dalam saingan Liga Juara Juara Eropah. Minggu lalu Real Madrid dikejutkan oleh Shaktar Donetsk.
Real Madrid kini berada di tangga tercorot kumpulan selepas dua perlawanan.
“Pada pandangan saya, keputusan seri ini bukanlah keputusan yang melegakan, tetapi ianya keputusan yang berhak buat kami.”
“Kami berhadapan dengan pasukan lawan yang memberikan kami banyak masalah dalam dua atau tiga perlawanan sebelum ini.”
“Namun kami tidak panik dan bangkit dengan perwatakan kami yang sebenar.”
ποΈ Zidane: "The team showed its character."#HalaMadrid | #RMUCL pic.twitter.com/iqLLfFcrS2
— Real Madrid C.F. π¬π§πΊπΈ (@realmadriden) October 27, 2020
“Jika kami bermain seperti itu, maka kami mampu untuk mencapai perkara yang hebat . Kami akan mampu mencipta kemenangan di atas padang,” tegas Zidane.
Ternyata kumpulan B tidak semudah yang disangka untuk Real Madrid dan Inter Milan.
Di mana dua pasukan gergasi tersebut ketika ini menghuni tangga tercorot.
Baca juga perkembangan lain
Duo Kane-Son Cemerlang, Mourinho Anggap Ia Kerana Pengurusan Lama
Bartomeu Minta Kerajaan Tangguh Usul Tidak Percaya Nak Singkirkannya Demi Keselamatan Rakyat