Presiden FC Barcelona, Josep Maria Bartomeu meminta kerajaan Sepanyol untuk mengeluarkan arahan agar sesi undi tidak percaya dalam pengurusan Barcelona ditangguhkan.
Ini kerana menurut Bartomeu, beliau mengambil kira isu keselamatan rakyat ketika covid-19.
Josep Maria Bartomeu mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah FC Barcelona yang dijadualkan semalam.
Namun ada pihak membangkitkan agenda untuk menyingkirkan Bartomeu daripada kerusi Presiden menerusi sistem demokrasi selepas membuat pungutan suara / referendum rasmi.
Jika hilang mandat, maka Bartomeu akan turun daripada jawatannya serta merta.
Peminat Barca anggap Bartomeu tak bagus
Ramai pihak tak berpuas hati dengan cara Bartomeu mengendalikan kelab. Di mana pada era beliau, Barcelona berbelanja sangat besar, namun hasil yang dicapai tidak sepadan dengan harga yang mereka telah bayar.
Musim lalu Barcelona gagal menang sebarang piala. Lebih teruk, kempen Barcelona musim lalu diakhiri dengan aib kekalahan di tangan Bayern.
Bartomeu menegaskan buat masa ini, keadaan pandemik di bandar Barcelona amat merisaukan. Dan adalah lebih baik ianya ditangguhkan sementara.
Campur tangan kerajaan sangat perlu dalam memastikan sesi itu tidak berlaku dalam masa terdekat.
Josep Maria Bartomeu tidak bercadang untuk mengundurkan diri walaupun merasai tekanan daripada kiri dan kanan.
Beliau kemudian menyatakan kerajaan sudah mencadangkan tarikh adalah pada 1 dan 2 November. Menurut Bartomeu ianya adalah tarikh yang tidak relevan dengan mengambil kira situasi semasa.
Referendum sudah mengumpul lebih 16k suara menentang
Usul menentang presiden yang berkuasa telah melepasi 16,250 undian. Ia memaksa lembaga pengurusan kelab menetapkan tarikh pemilihan itu diadakan.
Bartomeu dan pengurusan tertinggu berjumpa di pejabat Camp Nou pada hari Isnin dan beliau sudah dimaklumkan tentang referendum itu.
Sepanyol baru-baru ini mengisytiharkan keadaan darurat baru kerana peningkatan kes COVID-19 baru di seluruh negara, yang mencatat lebih daripada 1.15 juta jangkitan.
Bartomeu sudah meminta kelab untuk menangguhkan lagi tarikh pembentangan usul tidak percaya itu. Namun ditolak oleh kelab.
Harapan terakhir Bartomeu adalah kerajaan Sepanyol untuk mengubah semula tarikh itu.
“Kami menyediakan mekanisme yang sebaiknya untuk undi tidak percaya, dan mengusulkan tarikh 1 dan 2 November di 13 lokasi di Catalonia,” katanya kepada wartawan pada hari Isnin.
“Pada hari Khamis lalu, permintaan tempoh 15 hari kami untuk membuat pungutan suara itu nampaknya tidak diendahkan.”
Barcelona president Josep Maria Bartomeu is not yet stepping down but says there are plans in place for a vote of no confidence to be held on November 1-2.https://t.co/VHOQObUvUi
— AS USA (@English_AS) October 26, 2020
“Pemerintah Catalonia tidak menerima untuk mengadakan pungutan suara pada 15 dan 16 November.”
“[Pada hari Ahad], perdana menteri [Pedro Sanchez] menyatakan negara dalam situasi bimbang dan perintah berkurung.”
“Maksimum hanya enam orang sahaja dibenarkan mengadakan pertemua, dan Catalonia mewartakan had keluar pada malam hari.”
“Kami mengirim surat kepada Generalitat [pemerintah Catalan] yang menanyakan bagaimana kami dapat menjamin undian anggota lebih dari 65 orang dan bagaimana kita dapat menjamin kesihatan 300 pekerja.”
“Kami tahu bahawa kami hidup dalam situasi serius yang memerlukan tindakan luar biasa; mereka tidak sesuai dengan kedudukan partisan.”
“Kami telah memutuskan bahawa kami akan bertemu lagi apabila kami mendapat jawapan.”
“Mengenai usul tidak percaya, kami sedang menunggu respons dari Generalitat untuk mengetahui apakah keadaan kesihatan terjaga sehingga pungutan suara dapat diadakan pada 1 dan 2 November.”
“Kami selalu menginginkan undi yang desentralisasi, di berbagai tempat agar sebanyak mungkin ahli kelab dapat mengundi.”
“Jadi kami meminta 15 hari lagi, tetapi pada hari Khamis lalu kami diberitahu bahawa tarikh itu adalah 1 dan 2 November.”
“Kami tidak mempunyai masa dan jika pungutan suara hanya berpusat di Camp Nou pada 1 dan 2 November, itu harus dilakukan dengan protokol kesihatan yang ketat. ”
Baca juga perkembangan lain
Ancelotti Anggap Kad Merah Digne Pun Ada Kaitan Dengan Van Dijk
Arteta Kritik Leicester ‘Parking Bas’ & Pengadil Batalkan Gol Lacazette