Ketua pasukan Indonesia, Asnawi Mangkualam berkongsi rahsia mengenai prestasi cemerlang beliau ketika mengawal bintang Argentina, Alejandro Garnacho.

Baca Juga:

Pada perlawanan persahabatan baru-baru ini, juara dunia itu berjaya menewaskan Indonesia dengan keputusan 2-0 akan tetapi peminat bola sepak di Asia Tenggara membincangkan mengenai prestasi cemerlang Asnawi dalam perlawanan tersebut.

Alejandro Garnacho dimasukkan pada separuh masa kedua oleh Lionel Scaloni namun pemain Manchester United itu berdepan kesukaran untuk melepasi Asnawi Mangkualam.

Dalam satu temu bual, pemain Jeonnam Dragons itu berkongsi rahsia mengenai kejayaan beliau mengunci Garnacho.

“Memang sebelum perlawanan, netizen mahu saya untuk menerjah Lionel Messi. Tetapi beliau tidak datang. Jadi mereka mahu saya mensasarkan Garnacho.

“Saya lihat video Garnacho, bagaimana ketika beliau membawa bola. Dia selalu membawa bola keluar dan saya gemar dengan pemain dengam cara itu kerana lebih mudah untuk dihentikan.

“Dia gemar untuk menolak bola ke hadapan dan itu memudahkan saya untuk membuat slidding. Kalau tanya mengenai kualiti, dia sememangnya bagus,” kata Asnawi.

Pemain berusia 23 tahun itu turut terkejut dengan prestasi yang ditampilkan, apa lagi berdepan dengan pemain muda berbakat seperti Garnacho.

Selepas perlawanan, rami yang memuji prestasi Asnawi dan ini hasil daripada pengalaman pemain itu beraksi dalam saingan liga Korea Selatan sejak dua musim kebelakangan ini.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Leandro Paredes dan Christian Romero masing-masing menjaringkan gol pada separuh masa pertama dan kedua bagi memberikan kemenangan bagi Argentina.