Korea Selatan pertahan pingat emas bola sepak lelaki Sukan Asia dalam temasya edisi Sukan Asia 2022 berlangsung di China.
Baca Juga:
- Asian Games 2022: Pemain Korea Utara Serang Pengadil
- Asian Games 2022: Korea Selatan Pastikan Indonesia Ikut Jejak Langkah Malaysia Tersingkir Awal
- Prestasi Korea Makin Merudum, Belum Menang Dibawah Bimbingan Jurgen Klinsmann
Skuad Pahlawan Taeguk muda itu berjaya menewaskan musuh tradisi mereka Jepun pada aksi final sebelah Sabtu. Acara bola sepak sentiasa menjadi perhatian dalam acara bola sepak.
Lebih lebih lagi pertemuan antara Korea Selatan dan Jepun yang dianggap sebagai perlawanan besar dalam kalendar bola sepak Asia.
Namun begitu, Jepun terlebih dahulu di hadapan seawal minit ke-2 menerusi gol Kotaro Uchino.
Tersentak dengan gol itu Korea Selatan cuba bangkit segera dan mencipta beberapa peluang. Pada minit ke-13 Goh Young Jun hampir menyamakan kedudukan namun percubaan tersasar.
Kesilapan pertahanan Jepun membolehkan Korea Selatan menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi Jeong Woo Yeong.
Separuh masa pertama berakhir 1-1 dengan kedua dua pasukan ternyata mempamerkan aksi sengit.
Separuh masa kedua, Jepun sekali lagi ditekan oleh Korea Selatan. Akhirnya Jepun bolos lagi minit ke-56. Kali ini menerusi gol Cho Young Wook.
Pemain itu hampir menambah gol pada minit ke-65, namun gagal kerana percubaannya melayang.
Kedua dua pasukan kemudiang saling berbalas serangan namun pertahan Korea Selatan kental bertahan untuk memastikan mereka pertahan pingat emas bola sepak Sukan Asia.
Sekaligus membuktikan bahawa mereka kekal kuasa besar bola sepak di rantau Asia sama ada di peringkat senior atau di peringkat junior.
Kemenangan ini pastinya sangat bermakna buat bintang PSG, Lee Kang In dan rakan rakannya. Kerana mereka akan terlepas daripada latihan ketentaraan wajib 2 tahun.
Sebaliknya mereka hanya menjalani latihan asas sekitar 2-3 minggu sahaja.
Ini juga alasan utama kelab seperti PSG mahu melepaskan pemain mereka ke Sukan Asia, dengan harapan pemain akan menang dan mendapatkan pengecualian itu.