Kelab Serie A, AS Roma berminat mendapatkan Mason Greenwood yang baru sahaja ditamatkan kontrak oleh Man United.

Baca Juga:

Kelab Man United terpaksa mengambil keputusan drastik itu selepas menerima kritikan banyak pihak ketika mereka mempertimbangkan untuk membuka pintu kepada Mason Greenwood – yang dibebaskan daripada semua pertuduhan kegansan domestik dan merogol.

Selepas menjalankan siasatan dalaman berbulan bulan lamanya akhirnya Manchester United mengesahkan secara rasmi bahawa pemain itu tidak lagi menjadi pemain Man United.

Mason Greenwood menerima keputusan itu dan bertekad mahu bangkit semula dalam karier bola sepaknya.

AS Roma kini dikaitkan dengan pemain muda England itu. Dengan Jose Mourinho merupakan pengurus yang pernah menjemput pemain itu menyertai latihan skuad utama ketika Greenwood pada masa itu baru berusia 15 tahun.

Mourinho ketika itu teruja melihat perkembangan pemain itu dengan skuad remaja Man United dan sudah tak sabar untuk melihat Greenwood beraksi dalam pasukan utamanya.

Malangnya jodoh Mourinho tak lama. Pada usia 17 tahun Greenwood mendapat debut bersama United di bahawa Ole Gunnar Solskjaer.

Dia kemudian berkembang menjadi pemain remaja sensasi di Eropah.

FILE PHOTO: Soccer Football – UEFA Nations League – League A – Group 2 – Iceland v England – Laugardalsvollur, Reykjavik, Iceland – September 5, 2020. England’s Mason Greenwood reacts. REUTERS/John Sibley

Kemudian terpalit dengan kontroversi di luar padang dan akhirnya kehilangan kontrak dengan kelab yang dia sertai sejak bangku sekolah lagi.

Kini AS Roma sedia menawarkan tempat kepada Mason Greenwood di Itali. Greenwood pernah memberitahu ejennya sebelum ini, jika dia tidak lagi menjadi pemain Man United, dia lebih suka bermain di luar England.

Kerana Greenwood sudah dapat membayangkan cemuhan yang dia akan terima dalam setiap perlawanan di England jika dia terus kekal bermain di negaranya.