Arsenal meraikan kemenangan tipis 1-0 dengan 10 pemain ketika berdepan dengan Wolves.
Arsenal sekali lagi menyaksikan pemain mereka menerima kad merah dalam perlawanan ini. Menjadikan ia rekod kad merah ke-12 Arsenal di bawah kendalian Arteta.
Rekod disiplin itu benar benar teruk dan membimbangkan.
Arsenal naik ke tangga kelima dengan gol tunggal menerusi Gabriel Magalhaes pada separuh masa pertama ketika sepakan penjuru.
Wolves menguasai sebahagian besar perlawanan namun tidak berjaya mencipta lebih banyak peluang untuk menguji Aaron Ramsdale. Boleh dikatakan kedua dua pasukan bergelut dengan kreativiti dalam perlawanan ini.
Namun insiden kad merah diterima Gabriel Martinelli mencuri perhatian ramai. Di mana Michael Oliver memberikan dua kad kuning dalam satu masa yang sama kepada Martinelli.
Martinelli melakukan dua kesalahan dalam satu garis masa yang sama. Pertamanya dia mengasari Daniel Podence ketika lontaran ke dalam, namun pengadil memberikan advantage kepada Wolves yang dalam fasa serangan.
Ketika advantage berjalan, Martinelli kemudian mengasari Chiquinho yang jelas sekali adalah tactical foul.
69'—Martinelli yellow
69'—Martinelli sent offTwo yellow cards in one play 😬 pic.twitter.com/Ss4EV00tR6
— B/R Football (@brfootball) February 10, 2022
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyatakan bahawa ianya kejadian yang sangat rare dan pertama kali dia melihatnya dalam hayatnya.
"Something I have never seen in my career happened for the first time"
"I have run out of ideas, I think."
Mikel Arteta reacts to Gabriel Martinelli controversial sending off and Arsenal's high number of red cards.
🎙 @DannyJamieson pic.twitter.com/nT2IOxVlE5
— Football on TNT Sports (@footballontnt) February 10, 2022
Selepas tamat perlawanan Arteta ditanya tentang, apakah yang beliau akan lakukan untuk membendung isu kad merah yang terlalu kerap buat Arsenal. Terutama sekali ketika mereka cuba untuk berada dalam 4 teratas. Bermain dengan 10 orang bukan opsyen yang baik.
Arteta berkata: “Saya dah tak tahu nak buat apa [untuk menghentikan kad merah].”
“Karakter, dan cara kami kekal bertahan dalam situasi tersebut [ bermain 10 pemain ], serta semangat yang kami tunjukkan, saya benar benar bangga dengan para pemain saya. Ada kebersatuan dan semangat berpasukan.”
“[Tetapi] kami meletakkan diri sendiri dalam masalah dengan kad merah, maka kami terpaksa hadapinya. Wolves menghantar sehingga 7 pemain ke zon serangan, sangat sukar untuk mengekalkan diri daripada tidak dibolosi.”
“Namun kami bertahan dengan sangat baik di dalam kotak penalti.”
“Kami harus terus memperbaiki diri. Sebab realiti sebenar adalah perlawanan berikutnya.”
Bercakap tentang 2 kad merah Martinelli dalam masa yang sama, Arteta berkata:
“Saya tak pernah melihatnya. Saya sudah 18 tahun berada di negara ini [England] dan saya tak pernah melihat sesuatau serupa itu.”
"Something I have never seen in my career happened for the first time"
"I have run out of ideas, I think."
Mikel Arteta reacts to Gabriel Martinelli controversial sending off and Arsenal's high number of red cards.
🎙 @DannyJamieson pic.twitter.com/nT2IOxVlE5
— Football on TNT Sports (@footballontnt) February 10, 2022
“Kami membuatkan keadaan lebih sukar untuk bermain dengan 10 pemain berdepan pasukan seperti Wolves. Kami menderita banyak dalam 10 minit terakhir. Saya tak pernah lihat lagi keadaan seperti itu.”