Mikel Arteta telah menyatakan betapa dia sayangkan Jorginho dan tidak marah dengan pemain itu yang melakukan kesilapan yang membolehkan Spurs mendapat gol kedua.
Baca Juga:
- EPL 2023/24: Dua Gol Son Heung Min Ikat Arsenal Di Emirates
- Peter Schmeichel Kecam Tindakan Arteta Mahukan David Raya
- ‘Koyak’ VAR Batalkan Gol Garnacho, Penyokong United Tikam Penyokong Arsenal Hingga Maut
Jorginho masuk sebagai pemain gantian dalam aksi Derbi London Utara antara Arsenal dan Tottenham. Dan pemain antarabangsa Itali itu telah kehilangan bola di tengah padang membuatkan Spurs memiliki peluang gol.
Son Heung Min menyempurnakan gol tersebut, hanya seminit selepas gol Bukayo Saka menerusi sepakan penalti. Membuatkan Arsenal berputih mata daripada meraih 3 mata dalam perlawanan ini.
Jorginho mendapat kritikan hebat termasuk daripada peminat Arsenal sendiri yang mempersoalkan kredibiliti pemain itu. Ada juga mempertikaikan kenapa Arteta memasukkan pemain tersebut dalam aksi Derbi London Utara itu.
Namun Mikel Arteta mempertahankan Jorginho malah menyatakan bahawa betapa dia sayangkan pemain itu.
Mikel Arteta berkata: “Saya sayangkan Jorginho dan kami semua sayangkan dia. Ini sebahagian daripada bola sepak.”
“Para pemain dibolehkan untuk melakukan kesilapan kerana cara mereka bermain.”
“Jika kamu mencari seorang pemain yang paling sanggup berkorban melakukan apa sahaja, maka dia adalah orangnya.”
“Kami semua berada di belakangnya,” tegas pengurus Arsenal itu lagi.
🗣️| Mikel Arteta on Jorginho: “I love him, errors are part of football. We are all with him.” [via Sky] #afc pic.twitter.com/mTKzg2OgZR
— Arsenal Buzz (@ArsenalBuzzCom) September 24, 2023
Dalam aksi antara Arsenal dan Tottenham semalam, kedua dua pasukan terikat 2-2.
Dua kali Arsenal mendahului dalam perlawanan ini. Dan dua kali juga mereka diikat oleh gol daripada kapten Spurs dari Korea Selatan, Son Heung Min.