Arteta puji Granit Xhaka kerana peranan penting pemain itu di dalam pasukan serta sikap pemain tersebut yang mahu terus berkembang dan belajar.
Baca Juga:
- Arsenal vs Liverpool: Bukayo Saka Kembalikan Arsenal Di Puncak Liga
- EPL: Menang Derbi London Utara, Arsenal Kekal Di Puncak
- Arteta Jelaskan Tentang Xhaka ‘Tolak’ Jadi Kapten
Mikel Arteta puas hati dengan prestasi Arsenal ketika menewaskan PSV Eindhoven yang dianggapnya sebagai pasukan yang sarat dengan bakat.
2 pemain yang menjadi topik ulasan Arteta ialah Granit Xhaka dan Bukayo Saka.
Arteta puji Xhaka
Arteta memuji Granit Xhaka yang terus berkembang bersama sama dengan pemain pemain muda yang lain di dalam pasukan Arsenal. Xhaka terus menunjukkan pengaruhnya sebagai pemimpin dan kualitinya di atas padang.
Arteta berkata: “Dia [Granit Xhaka] berjaya melakukannya, dan ini hanya tentang membuka kunci sesuatu dalam fikiran pemain dan menjadi lebih terbuka dan menerima perkara lain, dan dia sangat terbuka.”
“Kadar kerjanya sepanjang masa untuk belajar adalah hebat, dan sekarang saya fikir ia membuahkan hasil.”
Arteta cabar Saka bermain 70 perlawanan semusim
Arteta turut ditanya, adakah dia tidak menyesal kerana berterusan menggunakan Saka dalam perlawanan kali ini. Walaupun pemain itu sudah bermain banyak sekali perlawanan.
Saka kelihatan cederan dalam perlawanan ini. Arteta membalas, dia tidak terfikir untuk merehatkan Saka buat masa ini, jika pemain itu cergas.
“Lihatlah pemain terbaik dunia. Mereka bermain 70 perlawanan [semusim], bermain setiap tiga hari dan membuat perbezaan dan memenangi permainan.”
“Anda mahu berada di atas, anda perlu boleh melakukannya. Dan jika kita mula meletakkan sesuatu yang berbeza dalam fikiran pemain muda, saya fikir kita membuat kesilapan besar kerana kemudian [dia akan] seperti, ‘tidak, saya tidak bermain sekarang, saya tidak boleh bermain di padang tiruan [sebagai contoh]. ‘.”
🗣️| Mikel Arteta on whether Bukayo Saka’s playing time is sustainable: ⁰
“Look at the top players in the world, they play 70 matches every three days and make the difference and win the game. If you want to be at the top you have to be able to do that.” [@arsenal] #afc pic.twitter.com/QvHzJwVegO— Arsenal Buzz (@ArsenalBuzzCom) October 20, 2022
“Saya tidak mahu itu. Saya mahu mereka menjadi kejam setiap tiga hari. Saya mahu mereka mengetuk pintu saya [mengatakan] saya mahu bermain, saya mahu memenangi perlawanan.”
“Tiada jurulatih kecergasan di dunia yang akan memberitahu saya bahawa mereka tidak boleh melakukannya kerana saya telah melihatnya.”
Arteta: Anda tak boleh jaringkan 50 gol dengan hanya 38 perlawanan
Pengurus muda itu kemudian mengingatkan Saka bahawa untuk mencapai angka 50 gol, dia perlu beraksi sehingga 72 perlawanan.
“72 perlawanan dan menjaringkan 50 gol. Pemain yang menjaringkan 50 gol tidak bermain 38 perlawanan dalam musim ini, ia adalah mustahil.”
Ditanya tentang perbezaan dalam pasukan antara sekarang dan awal musim dengan prestasi musim lalu, Arteta menjelaskan:
“Saya fikir setiap perlawanan adalah sedikit berbeza. Ia bergantung, ya pada kemenangan, tetapi pada cara anda bermain.”
“Dan ia mengenai menguruskan ketegangan pasukan, memastikan mereka bermain dengan keyakinan yang mencukupi.”
“Dan kami bersedia sekali lagi untuk pergi ke Southampton dan meletakkan prestasi yang diperlukan untuk memenangi perlawanan. Inilah cabarannya, dan kami menikmati cabaran itu.
Arteta menyatakan bahawa keyakinan Arsenal kini sangat bagus dan ianya telah ditunjukkan para pemainnya.