Mikel Arteta telah tampil mempertahankan pemainnya daripada kritikan pedas daripada pengurus Watford selepas aksi kemenangan Arsenal 1-0 di Emirates.
Arsenal menang tipis walaupun memiliki deretan peluang keemasan untuk menambah gol. Emile Smith Rowe menjadi penjaring gol tunggal perlawanan denagn satu rembatan cantik.
Pemain pemain Watford tidak gembira kerana pemain pemain Arsenal tidak mahu mengeluarkan bola ketika ada pemain mereka cedera iaitu Ozan Tufan.
Watford sebenarnya berpeluang untuk membuang bola ketika Juraj Kucka mendapat bola. Namun Ranieri turut sependapat dengan pemainnya bahawa Arsenal tidak menunjukkan semangat kesukanan.
Ranieri berkata: “Kita sudah cuba keluarkan bola, dan berharap Arsenal akan mengembalikan bola itu.”
“(Moussa) Sissoko and (Danny) Rose dah meminta pemain Arsenal: ‘berikan bola kepada kami untuk kami keluarkan, sebab ada pemain cedera.’ Ianya kejadian yang pelik.”
🗣️ "There isn't respect in that situation."
Claudio Ranieri believed Arsenal should have kicked the ball out in the lead up to their goal as Watford lost 1-0 at the Emirates. pic.twitter.com/HqRqiPhWkr
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) November 7, 2021
“Ok, ada hantaran lintang di situ. Kiko Femenia mengeluarkan bola, Sarr mengambil bola itu dan saya rasa Sarr dikasari dan tidak ada apa yang berlaku.”
“Dan kemudian mereka menjaringkan gol, ianya sangat pelik, sangat sangat pelik.”
“Hubungan saya dengan Arteta sangat baik. Saya beritahu dia, nampak gayanya tidak ada rasa saling menghormati antara kita untuk mengeluarkan bola secara sukarela.”
“Mereka tak kamu bagi bola balik kepada kita [untuk kami keluarkan]. Saya katakan, itu tindakan yang tidak ada ‘respect’. Itu sahaja.”
Arteta kemudian memberikan komennya tentang apa yang dikatakan Ranier ke atas pemainnya yang dituduh tidak mengamalkan semangat kesukanan ataupun fairplay.
Menurut Arteta: “Saya harus tampil mempertahankan pemain pemain saya, kelab dan pasukan ini.”
“Kami adalah pasukan yang paling jujur berbanding yang lain. Bahkan sampai satu ketika, kita seperti naif.”
“Jika dia rasa sebegitu, saya nak meminta maaf. Apa yang pasti, tiada niat pun nak mengambil kesempatan ke atas lawan kami kerana situasi tertentu.”
Baca juga artikel
RASMI: Dean Smith Dipecat Selepas Catatan 7 Kekalahan Daripada 11 Perlawanan
Havertz Menyampah Dengan Burnley Yang Bermain Kasar Dan Tidak Mahu Bermain Bola