Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyatakan bahawa pasukannya sudah bersedia untuk melakukan aksi semmpurna menentang Manchester City di Etihad.

Kerana itu satu satunya cara terbaik untuk mereka kembali mendapatkan kelebihan sekaligus menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.

Arteta memberikan amaran kepada anak anak buahnya bahawa mereka harus beraksi dengan kesempurnaan untuk menang di Etihad pada aksi awal pagi esok waktu Malaysia.

Arteta memberi pujian terbaik kepada bos lamanya, Pep Guardiola dengan mendakwa City adalah pasukan terbaik era Liga Perdana Inggeris kerana gaya dan kemahuan mereka untuk memenangi trofi.

Manchester City
Haaland meraikan jaringan bersama Phil Foden. Kredit Foto: Manchester City

Arteta juga menjelaskan bahawa pasukannya juga berhak menjuarai EPL musim ini dengan kualiti dan kesungguhan pemain pemain mereka yang ada.

Pengurus Gunners itu berkata: “Anda perlu memberikan persembahan pada saat yang tepat, prestasi yang tepat.”

“Dan ia mestilah dengan kesempurnaan kerana itulah yang dituntut oleh tahap terakhir ini – kesempurnaan mutlak dalam setiap bola.”

Apabila ditanya sama ada Manchester City adalah pasukan terbaik era Liga Perdana, Mikel Arteta berkata: “Mungkin, ya. Mereka adalah pasukan yang luar biasa, dilatih dengan sangat baik. Budaya yang telah mereka tetapkan.”

“Kelaparan untuk untuk memenangi satu musim, dua, tiga, empat.

“Anda memerlukan ramai orang baik di sekeliling yang mempunyai kapasiti untuk menetapkan matlamat itu, mereka mempunyai pemain yang luar biasa, itu sudah pasti. Tetapi itu tidak mencukupi.”

“Mereka mempunyai sesuatu yang lain di sana, penghargaan kepada mereka atas cara mereka melakukannya dan konsistensi yang mereka tunjukkan.”

“Kemudian Manchester City ada gaya mereka. Mereka telah membawa sesuatu yang sangat berbeza kepada liga ini yang belum pernah dilihat sebelum ini.”

Manchester City dan Liverpool pasukan harus ditewaskan

Arteta kemudian menegaskan bahawa ada dua pasukan yang mereka harus tewaskan pada era sekarang ini iaitu Manchester City dan Liverpool.

Itu adalah matlamat yang penting ketika dia mulai menjadi pengurus Arsenal.

Arteta menjelaskan: “Kami sedar dari awal bahawa City adalah pasukan yang perlu ditewaskan dengan Liverpool kerana apa yang telah dilakukan oleh pasukan tersebut dalam beberapa tahun kebelakangan ini.”

“Mereka berhak sepenuhnya dengan kredit itu dan berada di kedudukan teratas. Kami mahu merapatkan jurang itu semampu yang kami boleh dan kami sentiasa rapat dengan mereka.

“Kami tahu kami perlu pergi ke Etihad, kami tahu selepas itu kami akan menghadapi lima lagi perlawanan sukar.”

Mikel Arteta anggap ini bukanlah final

Tetapi Arteta meredakan tekanan sedikit dengan menyatakan bahawa perlawanan ini sebenarnya tidak menentukan apa apa dalam kejuaraan liga.

“Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang besar. Adakah ia akan menentukan musim? Jawapannya adalah tidak.”

“Ya, kecederaan buat kami pada saat yang tak kena, kehilangan tiga atau empat pemain, bukanlah sesuatu yang hebat, tetapi kami perlu menyesuaikan diri.”

“Jika anda mahu memenangi Kejohanan, anda perlu melalui detik-detik itu dan bagaimana cara mengatasi situasi itu. Kami perlu menunjukkannya sekarang.”