Arsenal sedang mencari solusi untuk situasi Thomas Partey dan bercadang menjual pemain itu ke Arab Saudi.

Baca Juga:

Beberapa hari lalu, Arsenal sudah menyatakan kepada Partey bahawa pemain itu tidak akan ditawarkan kontrak lanjutan di kelab itu.

Dengan Arsenal sedia mencari pembeli untuk pemain itu dan pemain itu juga dibenarkan mencari kelab baharu yang dia mahukan.

Dengan syarat kedua dua pihak, Partey dan Arsenal mencapai kesepakatan dalam perjanjian itu.

Arsenal kini mengutamakan proses pembelian Declan Rice. Dua bidaan rasmi telah ditolak oleh West Ham.

Bidaan kedua bernilai £90 juta dengan £75 juta bayaran tetap dan £15 juta lagi bonus.

Arsenal sedia untuk mengemukakan tawaran ketiga mereka untuk mendapatkan pemain antarabangsa England itu. West Ham masih berkeras dengan tanda harga £100 juta yang mereka letakkan pada Rice.

Pada masa yang sama Arsenal juga mahu menjual Thomas Partey.

Partey bermain cemerlang pada separuh musim. Namun selepas Piala Dunia dia bergelut dengan prestasi, yang turut dipengaruhi kecederaannya.

Pendirian Arsenal mahu menjual Partey ini agak mengejutkan ramai pihak. Memandangkan mereka sebelum ini sudah menjual Granit Xhaka.

Dan realitinya, mereka masih belum mendapatkan Declan Rice. Jika pun mereka berjaya mendapatkan Rice, mereka masih kekurangan pemain tengah jika mereka melepaskan Partey.

Ada yang beranggapan bahawa Partey disenarai jual kerana Arsenal tidak mahu terbeban dengan rekod kecederaan pemain itu.

Oleh itu Arsenal cuba mencari kelab di Arab Saudi yang mahukan Thomas Partey. Dan sudah ada beberapa kelab dari Arab Saudi mulai berminat dengan Partey.

Arsenal menjangkakan mereka akan mendapat bayaran memuaskan dari kelab Arab Saudi dan Partey akan menerima tawaran gaji lumayan.

Partey menyertai Arsenal pada 2020, dengan kelab itu membayar klausa pelepasan yang ada pada kontrak Partey, dilaporkan bernilai €50 juta sahaja.