Arsenal berjaya menewaskan Man United menerusi 2 gol pada masa kecederaan yang dramatik di Emirates.

Baca Juga:

Sebelum itu pada minit ke-87, Man United sudah meraikan gol kedua mereka pada kedudukan 1-2, namun gol Garnacho itu dibatalkan VAR kerana ofsaid.

Arsenal melayan kunjungan Manchester United di Emirates. Dengan skuad Mikel Arteta terlebih dahulu di belakang apabila Marcus Rashford menjaringkan gol pembukaan minit ke-27.

Men United leka dan terus memberikan gol penyamaan buat Arsenal pada minit ke-28 apabila Martin Odegaard mendapat ruang sangat selesa merembat masuk bola.

Andrea Onana ternyata tidak gembira dengan sikap rakan rakannya yang hilang ketenangan.

Aksi antara kedua dua pasukan kemudian terus berlangsung sengit. Pengadil menafikan penalti pada Arsenal.

Dan kemudian Man United di hadapan menerusi Garnacho yang berjaya mengatasi garisan pertahanan akhir pasukan Arsenal.

Man United meraikan gol itu seolah olah mereka akan membawa pulang 3 mata. Kontroversi berlaku apabila VAR membatalkan gol itu.

Pada masa kecederaan Arsenal berjaya atasi United dengan bergaya sekali.

Declan Rice mendapat peluang pada bola kedua, yang terus dirembat masuk pada minit ke-90+6.

Ketika United menghantar ramai pemain ke zon serangan mereka diserang balas dan Gabriel Jesus dengan mudah melakukan acahan dan meleretkan bola melepasi Onana pada minit ke-90+11.

Arteta dan pemain pemainya menjadi euforia meraikan kemenangan lewat itu.

Ianya hari yang teruk untuk peminat United yang turut menerima berita bahawa Glazer mahu mengeluarkan nama kelab itu daripada senarai jual.

Saksikan rangkuman aksi di sini: