Arsenal kecewa diikat Fulham dalam aksi di gelanggang sendiri pada aksi di Emirates.
Baca Juga:
- Man United vs Fulham: Red Devils Ke Semifinal, Fulham Dapat ‘Tripple’ Kad Merah
- Penalti Odegaard Pastikan 10 Pemain Arsenal Tewaskan Crystal Palace
- Gary Neville Ramalkan Arsenal Juara EPL Musim Ini
Derbi London melibatkan Arsenal dan Fulham berakhir seri apabila drama babak akhir menyaksikan skuad Mikel Arteta keciciran mata.
Fulham terlebih dahulu di hadapan menerusi gol oleh Andreas Pereira hanya selepas beberapa saat perlawanan bermula.
Arsenal yang tertekan dengan gol itu menguasai perlawanan dengan sangat dominan. Namun mereka bergelut untuk menyudahkan gol.
Martin Odegaard cuba sedaya upaya melakukan perancangan serangan di tengah dengan kepantasan Bukayo Saka di kanannya.
Namun Fulham kental bertahan untuk memastikan mereka masuk ke bilik persalinan dengan pendahuluan 1-0.
Separuh masa kedua Arteta membuat pertukaran yang berimpak tinggi ketika memasukkan Fabio Viera dan juga Zinchenko. Dua pemain itu benar benar memberikan dimensi berbeza kepada serangan Arsenal.
Arsenal akhirnya membuatkan Fulham membuat kesilapan. Tete mengasari Vieira di dalam kotak penalti.
Martin Odegaard menyerahkan tugasan kepada Bukayo Saka. Dan Saka menunaikan tanggungjawab itu sebaiknya.
Kemudian Fabio Vieira membuat magisnya lagi dengan mencipta gol untuk disudahkan Eddie Nketiah.
Ketika Arsenal berkira kira untuk meraih 3 mata daripada perlawanan ini, Fulham dikurangkan kepada 10 pemain selepas Bassey dibuang padang.
Malang untuk Arsenal mereka melepaskan bolos minit akhir permainan. Apabila sepakan penjuru Fulham kemas disudahkan oleh Joao Palhinha.
Tamat perlawanan Arsenal 2 Fulham 2. Satu kejutan dicipta oleh Fulham dan merosakkan sedikit usaha Arsenal mencabar kejuaraan musim ini.
Arsenal akur dengan keputusan diikat Fulham pada kedudukan yang mereka ada kelebihan dari segi pemain.