Arsenal cemerlang dalam aksi Liga Perdana Inggeris pertengahan minggu.

The Gunner membelasah Norwich dengan skor 4-0, di mana pemain antarabangsa Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang cemerlang dengan menjaringkan 2 gol.

Sementara itu pemain yang melakukan debut Cedric Soares turut menjaringkan gol yang cantik.

Aubameyang membuka tirai jaringan selepas kesilapan oleh penjaga gol Tim Krul.

Sementara itu, Granit Xhaka menjaringkan gol pertamanya dalam liga sejak Mac 2019.

Norwich sekali lagi menjerut leher mereka sendiri. Ini apabila Josip Drmic pula melakukan hantaran lemah yang diambil kesempatan oleh Aubameyang untuk gol ketiga Arsenal.

Cedric Soares memastikan Arsenal menang besar 4-0, dengan rembatan dari luar kotak penalti yang sangat cantik.

Selepas kalah dalam dua perlawanan pertama selepas sambungan semula liga, The Gunners kini telah memenangi tiga perlawanan terakhir mereka, termasuk mara ke separuh akhir Piala FA.

Aubameyang mencipta sejarah apabila menjadi pemain Arsenal paling pantas menjaringkan 50 gol liga, ketika beliau menjaringkan gol sulung Arsenal.

Di mana Aubameyang hanya bermain 79 aksi sahaja untuk mendapatkan angka tersebu.

Selain itu, kapten Arsenal itu kini sama jumlah gol dengan Jamie Vardy  – 19 gol liga – dalam usaha beliau bersaing mendapatkan kasut emas.

Namun kerisauan terbesar Arsenal adalah isu kontrak Aubameyang.

Arsenal masih positif akan dapat melanjutkan kontrak kapten mereka itu. Semalam Arsenal mengesahkan Bukayo Saka setuju dengan tawaran kontrak lanjutan oleh Arsenal.

Arsenal kini 6 mata dibezakan dengan pasukan Chelsea yang berada di tangga keempat.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Highlight EPL: Greenwood Tuju Gol Kepada Gomes, United Menang 3-0

EPL Rasmi Guna Bola Nike Flight Ini Musim Depan

Kesebelasan Impian Tevez Dipenuhi Pemain United Dan Tiada Pemain City