Pemain sayap Manchester United, Antony telah dituduh pukul perempuan yang merupakan bekas teman wanita dia sendiri. Dia kini berdepan dakwaan “keganasan rumah tangga, ancaman dan kecederaan badan” oleh bekas kekasihnya di Brazil.
Antony berdepan dengan satu dakwaan yang dianggap boleh membunuh kariernya di Man United jika dia didapati bersalah.
Pemain sayap Manchester United, Antony telah dituduh “keganasan rumah tangga, ancaman dan kecederaan badan” oleh bekas teman hidupnya, dengan laporan dibuat di Brazil.
Penerbitan Brazil Globo Esporte melaporkan bahawa Gabriela Cavallin, yang mempunyai hubungan dengan penyerang berusia 23 tahun itu pada 2022, telah memfailkan laporan polis di Sao Paulo.
Laporan itu menyatakan bahawa wanita tersebut mendakwa telah diserang oleh Antony pada 20 Mei – hari di mana pemain antarabangsa Brazil itu menyertai United dan kemudian terlibat dalam perlawanan Liga Perdana dengan Bournemouth di Stadium Vitality.
Laporan itu juga termasuk “foto badannya cedera dan mesej ugutan”, manakala Cavallin dikatakan telah membincangkan tingkah laku agresif sebelum ini daripada Antony.
Cavallin kini menyeru pihak berkuasa di Brazil untuk mengambil “langkah perlindungan segera” sementara bukti lanjut dalam kes itu dikumpulkan.
Globo Esporte selanjutnya melaporkan bahawa Antony mempunyai hubungan dengan wanita terbabit pada 2022, dengan Cavallin mendedahkan di media sosial pada Jun 2022 bahawa dia telah mengalami keguguran ketika pasangan itu mengandung anak pertama mereka.
Tiada ulasan dibuat oleh Antony, wakilnya atau Manchester United.
Apa yang pasti ramai peminat merasakan Antony akan menerima nasib yang sama dengan Mason Greenwood jika benar ada bahan bukti.