Andres Iniesta secara rasmi telah mengumumkan bersara daripada bola sepak antarabangsa sejurus selepas pasukan Sepanyol tersingkir diperingkat pusingan kalah mati kejohanan Piala Dunia 2018.

Pemain yang berusia 34 tahun itu tidak tersenarai dalam kesebelasan utama perlawanan menentang pasukan tuan rumah, Russia dan hanya dimasukkan pada minit ke 67 yang juga penampilan ke 131 bersama skuad kebangsaan Sepanyol.

Juara Piala Dunia 2010 itu ditunjuk jalan keluar oleh Russia apabila tewas 3-4 pada penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 tamat 120 minit permainan.

andres iniesta

“Kadang-kadang pengakhiran bukan seperti yang diimpikan”, kata Iniesta yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010 dan menjuarai kejohanan bola sepak Eropah 2008 dan 2012.

“Realitinya ini adalah perlawanan terakhir saya bersama skuada kebangsaan, dan pentas hebat untuk individu sudah tamat. Keseluruhannya ini akan dikenang sebagai hari paling sedih dalam karier saya”.

“Ada kelegaan. Pemain sentiasa bersama. Apa yang paling penting adalahmencari jalan bagaimana untuk mencapainya kembali. Ia bukan mudah, lebih komplikated dari yang dijangka, tetapi skuad kebangsaan akan meneruskan perjuangan”.

Andreas Iniesta hanya tewas 15 kali ketika mewakili Sepanyol, menang 96 kali dan seri 15 kali serta menjaringkan 13 gol.

Beliau telah meninggalkan Barcelona dipenghujung musim lalu dan menandatangani kontrak bersama kelab J1 League, Vissel Kobe.

Sepanjang beraksi untuk Barcelona, Andres Iniesta berjaya mengecapi 9 kejuaraan La Liga dan 4 kejuaraan UEFA Champions League.

andres iniesta

131 penampilan Andres Iniesta itu merupakan rekod sebagai pemain ke 4 paling banyak mewakili Sepanyol dan hanya Iker Casillas (157), Sergio Ramos (156) dan Xavi Hernandez (133) berada diatas beliau.

Skuad La Roja masih memiliki pemain-pemain seperti David Silva dan Isco dan tiada kesan yang begitu besar selepas peninggalan Iniesta. Namun begitu, Andres Iniesta juga berada dalam skuad itu sejak tahun 2006 dan untuk meneruskan perjuang tanpa beliau bukan satu tugas yang mudah.

Selepas tamatnya cabaran Sepanyol dipentas Piala Dunia 2018, Andres Iniesta dijangka akan mengambil cuti selama 1 bulan, sebelum kembali menyertai rakan sepasukan barunya untuk menghadapi saingan J1 League bersama Vissel Kobe yang kini menghuni tangga ke 6 liga.

Sumber