Kelab Jepun, Vissel Kobe baru-baru ini telah melancarkan jersi baharu bagi menghadapi saingan musim 2023 dan mereka meletakkan harga ‘kayangan’ bagi mana-mana peminat yang mahu membeli jersi itu.
Baca Juga:
- Kaoru Mitoma Lengkapkan Perpindahan Ke Brighton & Hove Albion
- Penang Sambar Khidmat Pemain Kacukan Malaysia-Jepun, Ryu Yamaguchi
- Jepun Sasar Layak Ke Suku Akhir Piala Dunia 2022
Menurut perkongsian J.Football Now di laman media sosial, Kobe meletakkan tanda harga ¥35,000 bagi jersi edisi pemain yang mana jika kita menukar kepada mata wang Ringgit, maka peminat di Malaysia perlu membayar sekitar RM1162 untuk mendapatkan jersi tersebut.
Vissel Kobe are charging ¥35,000 yen for an authentic kit 🤯
¥35,000 = €247 / £218 pic.twitter.com/i11pBAnXbA
— J. Football Now (@j_football_now) January 10, 2023
Bagi jersi replica pula, Kobe meletakkan harga ¥20,000 atau sekitar RM664 yang mana harga ini masih dikira mahal, lebih mahal berbanding jersi yang dijual oleh kelab-kelab besar seperti dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan La Liga Sepanyol.
Perbezaan bagaikan langit dan bumi sekiranya kita membandingkan dengan harga jersi yang dijual oleh kelab Liga Malaysia dimana rata-rata kelab tempatan menjual jersi mereka dibawah RM200.
Menurut perkongsian Footy Headlines, ada tiga sebab mengapa kelab Jepun meletakkan tanda harga ‘kayangan’ bagi peminat yang mahu membeli jersi mereka.
Pertama, banyak pasukan mengambil pesanan dan kemudian menghasilkan jersi berdasarkan pesanan yang diterima. Dengan ini, terdapat sedikit jersi yang tersisa dan kelab mahu mengaut keuntungan maksimum dan tidak perlu berdepan risiko. Peminat selalunya tidak mendapatkan jersi mereka sehingga separuh musim.
Kedua, peminat fanatik tidak kisah mengenai harga yang diletakkan oleh kelab dan mereka akan membeli jersi dan yang ketiga, tidak banyak permintaan untuk jersi kecuali dari peminat tegar. Pasukan memutuskan untuk menjual jersi mereka pada harga tinggi yang boleh dibeli oleh penyokong fanatik dan mereka tidak akan menjual lebih banyak lagi dengan harga yang lebih rendah.
Musim 2023 bukanlah kali pertama Vissel Kobe menjual jersi mereka dengan harga mahal dimana musim lalu, mereka mengenakan tanda harga sama seperti tahun ini bagi jersi mereka.
Sekiranya peminat mahu meletakkan nama dan nombor pemain di jersi mereka, ada bayaran tambahan dimana mereka perlu membahar sekitar ¥4000 atau sekitar RM132 untuk nombor satu digit dan ada tambahan ¥550 atau sekitar RM18 bagi setiap satu digit tambahan.