Gareth Soutghate memilih untuk menggunakan 3-4-3 dalam aksi final. Untuk membolehkan beliau menggunakan Kieran Trippier di bek sayap dan menarik Kyle Walker ke bek bertiga.
Idea dia sangat jelas. Mereka ada wingback yang boleh melakukan hantaran silang dan ada target man yang sangat bagus seperti Harry Kane – yang baru sahaja mendapat sentuhan gol dalam beberapa perlawanan.
Itali dengan high pressing
Roberto Mancini bermain dengan sistem 4-3-3. Mereka bermula dengan high pressing. Tetapi ‘shape’ pasukan mereka dimanipulasi England. Gol pertama adalah kegagalan high pressing mereka merampas bola dan England melepasi blok tekanan itu dengan baik.
Apabila England melepasinya, Itali terdedah dengan kekurangan secara numerical di belakang. Pertukaran hantaran yang bagus digunakan England membolehkan mereka memecahkan secara total organisasi pasukan Itali.
Kesannya, Lorenzo berlari masuk ke dalam untuk merantai Harry Kane. Barella atau Chiesa tidak ‘pick up’ Luke Shaw yang mendapat ruang besar. Ketika Trippier melakukan hantaran, Shaw mendapat ruang dan dia melakukan percubaan cantik dan masuk.
Itali bermain dengan gugup separuh masa pertama di barisan serangan. Perkara yang agak jarang kita lihat daripada Itali dalam mana mana pertandingan. Chiesa cuba mencipta sesuatu dengan kelincahannya dan cuba menghubungkan dua garisan utama iaitu tengah dan serangan.
Malang sekali Immobile dan Insigne tidak bermain dalam pretasi terbaik.
Soutghate menutup ancaman dari sisi dan intensiti dikurangkan
Dengan sistem 3-4-3, England dengan cepat membentuk 5-4-1 ketika bertahan. Dan mereka meneutralkan ancaman Itali dari sayap. Sepanjang kejohanan ini, Itali bergantung harap kepada serangan sayap untuk menghasilkan gol direct dari sana berbanding no.9 mereka.
Sistem perancang sisi / wide playmaker Itali bertukar dari Insigne kepada Chiesa. Kerana Insigne tidak ada idea untuk melepasi ruang sebelah kiri.
Di tengah Itali pada awalnya didominasi oleh Rice dan Kalvin Phillips sama ada dari segi fizikal ataupun permainan kombinasi.
Awal separuh masa pertama adalah detik sukar buat Itali, malangnya England tidak bertindak lebih ‘kejam’ untuk lebih agresif menyerang. Mereka malah mengurangkan tempo permainan kepada sistem yang lebih balance dan defensif.
Mereka mahu mengecewakan Itali dengan gaya klasik Itali iaitu bertahan dan menyerang balas mereka.
Masalahnya England gagal merampas bola dan menyerang balas dengan lebih baik. Itali banyak kehilangan bola di final third, England pun sama.
England bermain baik dengan 30 minit pertama dan membuatkan Itali sukar mendapat rentak / settle down. Tetapi England pada masa yang sama tidak mengambil kesempatan.
Peranan Kane
Harry Kane kemudian kerap turun terlalu ke bawah. Mungkin dia mahu bermain dengan sistem seperti dia di Spurs musim ini. Atau meyakinkan Guardiola bahawa dia boleh bermain deepl lying forward? Sebenarnya sistem ini tidak membantu di England.
Antara sebab Kane bergelut dalam beberapa perlawanan Euro kali ini. Dia perlu sentiasa di dalam kotak penalti segera. Kerana sistem England dicipta untuk hantaran terus kepadanya.
Lihat betapa ke bawahnya Keane dalam situasi ini.
Dan ketika pemain Trippier mendapat bola, dia melihat pertukaran peranan Kane dengan Sterling, maka dia cuma ada opsyen hantaran rendah. Dengan adanya pemain seperti Chielini dan Bonucci mengawal pemain seperti Sterling, ianya bukan masalah untuk mereka.
Kesannya Kane dengan statistik sadis gagal melakukan sebarang sentuhan dalam kotak penalti sepanjang 120 minit.
England memberikan Itali peluang untuk dominan
Separuh masa pertama berakhir dengan England membenarkan Itali memegang bola dengan banyak sekali walaupun pasukan itu agak gugup di final third. Lihat heatmap ini untuk separuh masa pertama. Itali dominan secara keseluruhannya dan ‘hilang’ di final third.
Akhirnya Itali mendominasi tengah kerana pendekatan England itu sendiri yang menguranghkan tempo mereka kepada sistem menyerap asakan. Ya mereka berjaya menyerap asakan di blok rendah, namun England pada masa yang sama tidak ada idea lebih baik ketika serangan.
Itali terus dominan
England masuk ke separuh masa kedua tanpa menukar corak intensiti mereka. Masih berharap Itali akan terjerat dengan serangan balas mereka menggunakan kepantasan Sterling dan juga Mason Mount.
Malangnya, rantaian /connection ini terputus teruk apabila Itali menguasai perlawanan sehingga 73% dalam 65 minit pertama.
Dari minit ke-45 sehingga ke gol Bonucci minit ke-67, Itali melakukan 7 percubaann ke arah gol. Dan kemudian menguasai lebih 70% permainan. Malah dalam satu rally hantaran Itali melakukan 24 pertukaran hantaran berjaya. Sangat yakin dan dominan.
Pertukaran taktikal Mancini
Ini bermakna Itali meningkatkan lagi intensiti. Mereka tak takut terperangkap oleh England. Mancini mengeluarkan Ciro Immobile dan memasukkan Dominico Berardi.
Menukar Chiesa menjadi inverted winger ke kiri serta Insigne ke false 9.
Insigne dan Chiesa boleh bertukar posisi dengan berpaksikan kebebasan Chiesa. Chiesa terus menjadi ancaman buat England. Insigne akhirnya bermain lebih baik berbanding separuh masa pertama. Kerana sistem ini membantu beliau keluar daripada man marking Trippier.
Lihat Itali melakukan tekanan di garisan tinggi tanpa gentar.
Chiesa terpaksa dikeluarkan lewat perlawanan dan Itali memerlukan sistem baharu. Kemasukan Belotti sebenarnya tidak memberikan impak.
Kedua dua pasukan bermain masa ekstra dengan Itali terus menjadi pasukan lebih berani bermain di kawasan lawan. England kemudian cuba memenangi penalti dengan memasukkan 2 lagi pemain ofensif untuk memenenanginya.
Malang sekali Donnarumma menafikan 2 daripada 3 penalti gagal England. Dan Itali menjadi juara Eropah.
Rumusan
Itali selayaknya menang kerana mereka tidak gentar dengan sistem permainan England yang cuba mengecewakan mereka dengan serangan balas. England harus menyalahkan diri sendiri kerana tidak berusaha lebih keras ataupun lebih keinginan untuk mendapatkan gol kedua.
Apa lagi mereka mahukan? Final di Wembley di hadapan penyokong sendiri.
Itali memenangi Euro kali ini dengan cara yang sangat sukar. Kerana mereka tidak ada no.9 prolifik. Selepas Immobile dan Belotti tidak bermain bagus. Tetapi mereka berjaya kerana sistem permainan mereka yang sangat berani dan pemain pemain sayap diberikan peluang menunjukkan karakter mereka.
Misalnya perubahan pada peranan Chiesa. Insigne tidak ada masalah menjadi false 9 untuk memberikan peluang kepada pemain itu bermain di posisi kegemarannya sebagai inside forward dengan posisi inverted.
Roberto Mancini jelas menyekolahkan Southgate tentang pengurusan taktikal sebenar. Walaupun Mancini tanpa penyerang seperti Kane yang menyumbang gol dan assist banyak musim ini. Mancini bermain bukan dengan set bek berempat terbaiknya kerana kecederaan Spinazzola.
Selain itu, pemain seperti Veratti tidak cergas sepenuhnya. Namun Mancini melakukan pertukaran taktikal yang jelas dan permainan berani.
Berbeza dengan Southgate, beliau sanggup meyimpan 2 slot simpanannya untuk menunggu penentuan penalti.
Dan akhirnya bola sepak terbang ke Rome.