JDT telah mendedahkan kelemahan Selangor ketika bermain high line pada separuh masa kedua telah membuatkan Gergasi Merah menderita 4 gol pada 45 minit terakhir.

JDT bermula dengan sukar namun menamatkan 90 minit dengan 4-0 ke atas musuh mereka Selangor di gelanggang lawan.

Selangor bermula baik

Selangor memberikan tentangan sangat baik pada separuh masa pertama. Walaupun mereka beberapa kali bocor di sebelah kiri namun secara keseluruhan mereka mampu menampung impak tersebut.

Kredit juga kepada Khairul Azhan yang berjaya melakukan point blank save. Itu memang perkara sukar dielak bertemu JDT. Anda bermain baik macamana pun, mereka akan tetap menyusup mencipta 1 atau 2 clear cut chances.

Bagaimana Selangor meneutralkan impak JDT pada separuh masa pertama?

Mereka cuba bermain dengan agak agresif. Dan mengganggu rentak JDT dengan segera.

Selangor bermain dengan berani untuk melakukan high pressing di kawasan JDT yang membuatkan Harimau Selatan beberapa kali terpaksa berpatah balik serta kehilangan bola.

Selain itu JDT sendiri memberikan ruang yang terlalu besar di tengah.

Gandingan midfielder JDT pada separuh masa pertama tidak bermain secara unit, sebaliknya berpecah.

Ketika menyerang gandingan tengah JDT tidak memberikan sokongan segera di belakang pemain penyerang, Diogo secara unit.

Ketika diserang atau out of possession mereka seolah olah tidak pasti untuk membentuk posisi atau formasi. Ianya sesuatu yang jarang kita lihat pada JDT yang sebelum ini unit tengah mereka lebih semulajadi bergerak dan seperti sudah ada butang autopilot.

Serangan balas Selangor

Selangor pada separuh masa pertama melakukan serangan balas dengan sistem yang baik dari segi taktikal.

Mereka sentiasa menghantar 3 atau 4 mahupun 5 pemain di garisan serangan atas.

Sistem overloading ini benar benar berani dibuat oleh Tan Cheng Hoe, memandangkan mereka berdepan dengan JDT yang memiliki keupayaan tinggi untuk menyerang mereka semula dengan sekelip mata.

Tetapi masalah Selangor adalah penyudah. Mereka gagal melakukan penyudah yang berkesan.

JDT di tahap berbeza separuh masa kedua

Jika separuh masa pertama, JDT bermain antara aksi yang kucar kacir mereka setakat ini musim ini, separuh masa kedua adalah berbeza.

Ternyata taklimat taktikal mereka benar benar mengubah keadaan.

JDT mulai memperbaiki aspek permainan di tengah mereka.

Selangor sebenarnya masih mengekalkan tempo permainan dan pendekatan yang baik pada awal 10 minit pertama.

Sehinggalah JDT akhirnya membuka kunci gol pertama.

High Line Selangor didedahkan

Shahrul Nazeem awalnya bergerak seperti mahu merantai Forestierri sebagai man to man marking yang direct.

Dia kena tentukan sama ada terus merapati ataupun cuba bermain dengan perangkap ofsaid dalam situasi ini.

Shahrul Nazeem berterusan meletakkan Forestierri di kedudukan terbaik untuk kekal onside.

Secara tak sedar, Shahrul Nazeem membenarkan Forestierri mencipta ruang untuk dirinya sendiri.

Namun dia tiba tiba menukar body positioning dalam keadaan dan masa tak sesuai. Dan ketika inilah bola dilepaskan dalam keadaan Shahrul Nazeem perlu memutarkan semula badannya.

Forestierri dengan senang hati untuk tidak ofsaid.

Satu lagi masalah Selangor ketika gol ini adalah kegagalan Shahrul Nazeem melakukan pintasan atau bentesan. Dia teragak agak.

Kemudian di sini adalah kelemahan yang sangat tidak boleh dimaafkan apabila berdepan JDT. Dalam situasi 3 v 2, Selangor gagal bertahan dalam situasi ini, walaupun ada kelebihan pemain secara numerical.

Gol ketiga JDT sekali lagi pertahanan garisan tinggi Selangor didedahkan. Skrip dia hampir sama. Bola hantaran lolos ataupun killer pass yang terlalu mudah melepasi garisan akhir pertahanan mereka dan kali ini mewujudkan 2 v 1 dengan penjaga gol.

Rumusan

Tan Cheng Hoe menyediakan taktikal yang baik dalam perlawanan ini kecuali di pertahanan ketika bermain high line.

Ternyata dia masih perlu banyak kerja untuk dilakukan bersama sama pemainnya.

Tetapi kredit juga kepada Tan Cheng Hoe yang tetap cuba bermain sistem tersebut berdepan JDT.

2 gol menerusi high line Selangor yang didedahkan JDT. Gol Diogo adalah gol kegeniusan individu Diogo yang menjaringkan gol dengan half turn.

Sementara gol keempat adalah gol daripada bola mati.

JDT sebenarnya bermain dengan baik sekali separuh masa kedua untuk memanipulasi titik kelemahan Selangor di garisan tinggi.

Pemain pemain mereka benar benar dibekalkan dengan informasi sebaiknya dan apa yang harus mereka lakukan.