John Stones telah menjadi pemain penting dalam taktikal Man City sepanjang musim ini sehingga mereka bergelar juara treble.
Baca Juga:
- Analisis: Thailand Manipulasi High Line Malaysia
- Analisis Malaysia vs Laos: Pelan Keselamatan & Permainan ‘Direct’
- Analisis: Malaysia Atasi Turkmenistan Dengan Permainan Progresif
Pemain antarabangsa England itu satu ketika dahulu pernah dikritik, namun menariknya, Guardiola mempertahankan pemain itu. Kerana Guardiola menggemari gaya permainan Stones.
2016 pep defending john from the media😭 “john stones has more personality than everybody in this room.. even with all his mistakes i love him”pic.twitter.com/u2YteP8eMy
— َ (@diascidal) June 10, 2023
Posisi John Stones
John Stones adalah bek tengah yang diberikan peranan bebas di atas padang. Ianya ibarat false fullback yang kerap digunakan Guardiola.
Cuma peranan itu digalas oleh seorang pemain bek tengah. Ini kerana Guardiola berdepan dengan kekurangan kualiti apabila Joao Cancelo mulai tidak sehaluan dengannya.
Dan akhirnya pemain itu dilepaskan secara pinjaman ke Bayern Munich.
Biasanya Guardiola akan bermain dengan dua false fullback. Iaitu Cancelo dan Walker.
Ketiadaan Cancelo bermakna dia kehilangan satu false fullback.
Ian Wright pernah berkata, pemergian Cancelo secara tak langsung adalah satu rahmat kepada Stones. Kerana dia dibangunkan menjadi ball playing center back yang lebih progresif.
🚨 Ian Wright: “You look at what happened with [Joao] Cancelo and you’re thinking, ‘Oh my gosh, they got rid of Cancelo.’ But we didn’t realise that they were going to move John Stones into this kind of situation and he’s just absolutely dominated this position. Brilliant”#MCFC pic.twitter.com/AFMP4maT1G
— Gabriel (@Doozy_45) June 4, 2023
Meletakkan tanggungjawab di tangan Rico Lewis adalah tidak adil untuk pemain itu yang masih dalam fasa pembangunan awal.
Mereka ada Nathan Ake, yang sebenarnya lebih direct dalam permainan. Lalu Stones dijadikan bek tengah yang bermain di tengah sebagai midfielder.
Dengan Walker akan bebas naik ke atas atau membantunya sebagai false fullback.
Ini adalah heatmap posisi Stones sepanjang musim ini di EPL.
Gaya permainan Stones sebagai ball playing center back terbukti berkesan dalam beberapa musim ini.
Setiap kali Stones berada di tengah, dia akan membenarkan pemain seperti Gundogan dan De Bruyne mara lebih jauh ke atas.
John Stones is just world class. No CB comes close to this performance. 👇👑 pic.twitter.com/n4LMeRAXui
— HEEL JON (@heel_kaybee) June 6, 2023
Ini kerana dia berada di tengah sebagai pivot pasukan.
Ini adalah data jelajahan posisi Stones dalam liga pada musim ini.
Kontribusi dalam final UCL
Dalam aksi final UCL 2022/23, pemain itu melakukan 100% gelecekan mengatasi pemain lawan. Hanya Lionel Messi sebelum ini pernah melakukannya dalam aksi final UCL.
Dari segi ketepatan hantaran, Stones dengan cemerlang melakukan 89% ketepatan serta ada 5 hantaran di sepertiga akhir.
John Stones’ game by numbers vs. Inter:
100% take-ons completed
89% pass accuracy
8 duels won
6 take-ons (most)
5 passes into the final ⅓
4 x possession won
2 fouls wonThe Barnsley Beckenbauer with ballerina feet. 🩰#UCLfinal pic.twitter.com/L646JpnTXD
— Squawka Live (@Squawka_Live) June 10, 2023
Rumusan
Nampaknya Guardiola sudah ada permata baharu di dalam sistem permainannya. Jika sebelum ini Guardiola melabel Lionel Messi di Barcelona dan Joshua Kimmich di Bayern sebagai pemain penting dalam sistemnya, tidak mustahil dia akan mengiktiraf Stones selepas ini.
John Stones berhak mendapat lebih penghargaan di atas sumbangan beliau secara taktikal dan teknikal. Tak kira ketika menyerang atau bertahan.