Mason Mount merupakan rekrut baharu yang akan menyarung jersi Man United. Dan kenapa Erik Ten Hag benar benar mahukan pemain itu.
Baca Juga:
- Analisis: Peranan John Stones Dalam Taktikal Man City Sehingga Treble
- Analisis: Thailand Manipulasi High Line Malaysia
- Analisis Malaysia vs Laos: Pelan Keselamatan & Permainan ‘Direct’
1. Usia
Mason Mount baru berusia 24 tahun dan memiliki latar karier yang luar biasa. Dia menjadi pemain utama dalam skuad Chelsea selepas berjaya memecah masuk skuad utama Derby County ketika tempoh pinjaman di sana.
Mount membantu Chelsea memenangi UCL sebelum ini. Dan berjaya mendapatkan panggilan skuad kebangsaan England.
Dari segi usia, United boleh menggunakannya sebagai pelan jangka panjang. Dengan Fred yang sudah berusia 30 tahun, malah sedia untuk dijual oleh United.
Seterusnya Christian Eriksen juga sudah berusia dan dalam senarai pelan jangka pendek oleh kelab itu ketika dia ditandatangani.
2. Posisi
Mason Mount menjadi tambahan kepada unit serangan United. Dia boleh bermain di posisi no.8 atau 10 di atas padang.
Ketika ini, United hanya memiliki Bruno Fernandes yang benar benar berkesan dalam peranan sokongan kepada penyerang dari posisi tengah.
Mount boleh mejadi no.8 kembar bersama Bruno Fernandes dalam sistem Man United. Kami jangkakan dia adalah no.8 sebelah kiri United yang baru.
Pada masa yang sama, jika mereka kehilangan Bruno Fernandes kerana kecederaan atau penggantungan, Mount boleh menjadi pemain utama di sistem tengah.
Dia juga boleh mengimbangi Bruno Fernandes yang terlalu ofensif. Kerana pada fasa bertahan Mount boleh membantu unit defensive midfielder. Ini perbandingan Mount dan Fernandes yang membuktikan gandingan ini boleh saling mengimbangi:
3. Kreatitivi
Man United berdepan dengan isu kreativiti di bahagian tengah. Musim lalu mereka malah banyak bergantung kepada larian direct Marcus Rashford berbanding dengan ciptaan peluang yang lebih berkesan.
Ketika ini mereka memiliki Bruno Fernandes dan Luke Shaw yang konsisten mencipta peluang berkesan. Kehadiran Mount boleh meningkatkan kualiti kreativiti tersebut.
Pada masa yang sama, Mount juga boleh menjaringkan gol. Dia lebih agresif daripada Bruno Fernandes dan sudah tentu lebih agresif daripada Christian Eriksen dari segi gerakan progresif di atas padang. Mungkin kerana usianya masih muda dan lebih bertenaga.
Musim lalu, Mount antara pemain tengah yang terbaik dari segi hantaran panjang di bahagian tengah. Dia akan membantu mencipta peluang segera.
Rumusan
Bruno Fernandes adalah tunjang sistem Man United. Dan Erik Ten Hag memutuskan untuk menguatkan lagi fokal tersebut dengan membawa masuk Mason Mount.
Erik Ten Hag menumpukan perkara yang dianggap paling penting kepada taktikal pasukannya pada masa ini berbanding pemain lain.