David Raya kelihatan benar benar sudah sedia jadi no.1 di Arsenal menggantikan Aaron Ramsdale dengan beberapa kekuatan aspek taktikal.

Baca Juga:

Sebelum ini Mikel Arteta menyatakan dia ada 2 orang penjaga gol yang berkualiti akan diturunkan mengikut keperluan.

Arteta malah membayangkan dia mungkin akan membuat pertukaran penjaga gol sebagai pertukaran biasa sama seperti pemain lain. Hal ini kerana pertukaran penjaga gol biasanya dibuat kerana kecederaan dan sebagainya.

Berikut 3 aspek kekuatan taktikal yang membuatkan David Raya benar benar sudah sedia menjadi pemain utama Arsenal.

1. Distribusi / hantaran

Dalam aksi menentang PSV pada malam UCL pertama Arsenal sejak 2017, Arsenal menang 4-0. Dengan David Raya benar benar membuktikan dia sedia menjadi penjaga gol no.1 kelab itu.

Dari segi hantaran David Raya menjadi pemain dengan jarak hantaran terkumpul yang tertinggi dalam aksi pertama UCL musim ini.

Aspek distribusi memang antara kekuatan David Raya dalam permainannya.

2. Menarik tekanan datang

Seterusnya dari segi menarik tekanan, ini aspek yang sangat baik daripada David Raya. Untuk Aaron Ramsdale dia lebih kepada mengatasi tekanan / high pressing. Maknanya, dia akan cuba melepasi tekanan itu dengan hantaran kepada rakannya.

Namun Ramsdale bukan penjaga gol yang berani pergi sendiri menarik tekanan itu datang.

Ini yang dilakukan Raya ketika aksi menentang PSV, dia naik ke zon lebih tinggi untuk menarik tekanan datang kepadanya.

Apabila pemain pemain PSV mahu menekannya, bermakna Arsenal kini memiliki ruang lebih besar untuk mengalirkan bola.

3. Visi permainan

Ini adalah aspek yang berkait rapat dengan hantaran. Namun ianya merujuk kepada apa yang penjaga gol itu ‘lihat’ lebih awal.

Dalam aksi berdepan PSV, kelihatan David Raya boleh menjadi kunci kepada Arsenal untuk melancarkan serangan balas segera. Kerana dia selalu menghantar bola segera kepada pemain yang boleh menjadi sumber serangan penting di sepertiga akhir.

David Raya beberapa kali melepaskan Kai Havertz dengan hantaran berkualitinya.

Rumusannya, pastinya David Raya benar benar sudah memiliki kekuatan yang diperlukan untuk menjadi no.1 di Arsenal. Selain itu orang pernah berkata: “Jangan tukar pasukan anda yang menang.”