Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berazam untuk melahirkan lebih ramai pemain yang mempunyai taraf yang sama bahkan lebih baik daripada penyerang skuad B-22 tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin.

Perkara itu disuarakan oleh Pengurus Besar AMD, Muhammad Yusuf Ibrahim dimana akademi elit itu dibarisi oleh ramai pemain yang mempunyai potensi untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan.

AMD
Luqman Hakim menjadi antara produk terbaik yang dihasilkan oleh AMD. FOTO: FAM

“Setiap tahun memang ada pemain yang berpotensi di mana saya lihat bagi setiap kelompok pemain itu, ada dua atau tiga pemain yang saya yakin mampu pergi lebih jauh.

“Berdasarkan saingan Piala Supermokh 2019, kita boleh nampak perkembangan positif yang ditunjukkan pemain kita. Kita tengok mereka bertambah baik.

“Luqman dan rakan mereka meletakkan standard yang perlu kita atasi. Kita perlu bekerja keras untuk melepasi standard itu. Dengan adanya pengarah baru, kita mahu lebih daripada itu. Cita-cita saya adalah untuk lahirkan pemain yang bukan hanya setaraf dengan Luqman tetapi lebih baik daripada dia,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Harith Haiqal Adam Afkar
Harith Haiqal dicanang sebagai pemain pertahanan pasukan kebangsaan pada masa akan datang. Sumber Gambar: FAM

Luqman berserta pemain lain seperti Harith Haiqal dan Umar Hakeem menjadi bukti bahawa AMD serta NFDP mampu untuk melahirkan pemain muda berkualiti yang mana mempunyai peluang cerah untuk beraksi bersama pasukan negara.

Kecemerlangan tiga pemain ini berjaya memikat bekas pengendali skuad B-22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee untuk membawa mereka ke temasya Sukan SEA 2019.

Baca artikel lain mengenai Akademi Mokhtar Dahari di sini:

Syed Saddiq Gesa Pasukan Liga Malaysia Manfaatkan Produk AMD

Lim Teong Kim: Prestasi Skuad B-18 Bukti NFDP Bukan Satu Program Gagal