AMD DREAM merangkul gelaran kejuaraan kategori bawah 13 tahun (B-13) Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2023 selepas menewaskan Lech Poznan FC (Poland) menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 pada aksi akhir yang berlangsung di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) Gambang, Pahang.

Baca Juga:

Terdahulu kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 pada masa perlawanan sebenar sebelum gelaran kejuaraan kategori bawah 13 tahun ditentukan menerusi sepakan penalti.

Turun dengan semangat memburu kejuaraan pada kejohanan yang memasuki edisi ketujuh penganjuran, AMD DREAM berdepan saingan sengit dari pasukan lawan yang rata-rata memiliki kelebihan fizikal.

Namun itu bukan halangan buat barisan pemain AMD DREAM yang dilihat menguasai bahagian tengah menerusi corak permainan menyerang dipamerkan.

Usaha berterusan AMD DREAM akhirnya membuahkan hasil apabila mereka menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke 28 menerusi pemain sayap kanan, Muhammad Amirul Haziq dan keputusan tersebut kekal sehingga kedua-dua pasukan beredar ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, Lech Poznan FC mula beraksi dengan lebih terbuka dan menyerang untuk mendapatkan gol penyamaan dengan AMD DREAM lebih banyak bertahan dan hanya melancarkan serangan balas memburu gol kedua.

Gol penyamaan Lech Poznan FC akhirnya menjelma menerusi pemain nombor 9, Pisarek Bogdan pada minit ke 61 untuk mengheret penentuan gelaran kejuaraan menerusi sepakan penalti dan akhirnya memihak kepada AMD DREAM dengan keputusan 5-4.

Bagi Ketua jurulatih AMD DREAM, Ekhsan Bukhara, kejuaraan diraih adalah hasil keringat dicurahkan kejurulatihan, pengurusan dan khususnya barisan pemain.

“Alhamdulillah, syukur diatas kejayaan hari ini, semua pemain berjuang semata-mata untuk bergelar juara dan mereka berjaya melakukannya.

“Masih banyak kerja perlu dilakukan selepas ini terutamanya memanfaatkan peluang didepan gawang lawan, kami berjaya mencipta peluang namun ketumpulan bahagian serangan.

“Kami perlu lebih tajam diatas padang,” ujarnya yang mengakui kejohanan ini memberi ruang kepada semua pemainnya menimpa pengalaman beraksi di pentas yang lebih kompetitif.

Tambahnya lagi, tiada perubahan ketara diterapkan sejak diperingkat kumpulan sehinggalah pentas akhir.

“Jika dilihat barisan pemain, saya menurunkan pemain-pemain yang berbeza, tiada pemain yang tetap, ini untuk memberi pengalaman dan Alhamdulillah pemain membuktikannya diatas padang.

“Terima kasih kepada Majlis Sukan Negara dan pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan kali ini,” katanya.

Tempat ketiga pula menjadi milik Evergrande Football Schoool selepas erjaya menewaskan Zheijang Professional FC dengan keputusan 2-0.

Gelaran kejuaraan kategori bawah 12 tahun pula milik NFDP A yang menewaskan JDT dengan keputusan 5-2 manakala tempat ketiga milik NFDP B yang menewaskan Zheijang Professional FC dengan kemenangan 3-1.

Kategori bawah 14 tahun menjadi milik penyandang juara Buriram United yang menewaskan SSBJ, 6-0 manakala Shonan Bellmare menamatkan saingan dikedudukan ketiga selepas menewaskan AMD dDeam dengan keputusan 2-1.

Keputusan penuh perlawanan yang berlangsung hari ini :-

Bawah 14
Akhir : SSBJ (0) – Buriram (6)
¾ : AMD Dream (1) – Shonan Ballmare (2)
5/6 : AMD Future (1) 4 – NK Osijek (1) 5
Penalti : 4-5
7/8 : Piraya Football Academy : (0) – Spartak Trnava (2)

Bawah 13
Akhir : AMD Dream (1) – Buriram (1)
Penalti : 5-4

¾ : Evergrande (2) – Zhejiang Professional FC (0)
5/6 : Chonburi (0) – Fagiano Okayama (4)
7/8 : AMD Future (1) – Hong Kong FA (3)

Bawah 12
Akhir : NFDA A (5) – JDT (2)
¾ : NFDP B (3) – Zheijang (1)
5/6 : NFDP C (3) – Asiop (1)
7/8 : Apuesto (1) – NFDP D (5)