Lebih ramai pemain yang setanding malah lebih baik dari Luqman Hakim Shamsuddin dan Arif Aiman akan dihasilkan menerusi penganjuran kejohanan Piala Supermokh pada masa akan datang.
Baca Juga:
- AMD DREAM Juara Kategori B-13 Piala Supermokh 2023
- Piala Supermokh Jadi Platform Pendedahan Serta Pemasaran Pemain Muda
- AMD Mahu Lahirkan Barisan Pemain Setaraf Luqman Hakim
Ini terbukti apabila beberapa pemain yang terdiri dari produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mula meniti dibibir beberapa pasukan dari luar negara yang turut sama menyertai kejohanan Piala Supermokh 2023 yang memasuki edisi ketujuh bermula 10 hingga 14 Oktober lalu.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, penganjuran yang memasuki edisi ketujuh kali ini sangat berjaya dengan penyertaan beberapa pasukan ternama dari luar negara.
“Prestasi bakat-bakat muda tempatan yang berjaya ditonjolkan diri sebagai pemain yang sangat berkaliber, pasukan yang sangat berkesan, maksudnya itu juga jadi satu hasil daripada setiap program yang telah kita anjur dan jalankan, ini satu berita sangat baik yang sudah semestinya perlu diteruskan pada masa akan datang.
“Beberapa pemain yang kita anggap prospek menerusi kejohanan ini telah dicungkil dan mencuri minat dimana pemain (prospek) ini akan bermain di luar negara iaitu Jepun (Shonan Bellmare). Mereka akan terbang ke Jepun pada hujung bulan ini untuk mengikuti latihan di sana”
“Nampak ia satu hasil yang sangat baik dan mahu melihat lebih ramai lagi,” ujarnya pada majlis Majlis Makan Malam Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2023, semalam.
Luqman yang juga generasi pertama daripada Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) itu selain beberapa pemain seperti Umar Hakeem Suhar, Zikri Khalili, dan Harith Haiqal serta Arif Aiman.
Tambahnya lagi, Kementerian Belia dan Sukan penyertaan pasukan dari negara serantau akan turut serta pada penganjuran kejohanan pada masa akan datang.
“KBS menggalakkan kejohanan seumpama ini memandangkan ianya tidak melibatkan kos yang banyak dimana kita boleh menjadikan AMD sebagai pusat latihan dan pada masa sama kita gunakan sebagai satu tempat penganjuran kejohanan yang memberikan pengalaman kepada semua berdepan pasukan-pasukan dari China, Croatia, Jepun dan juga Poland.
“Tentu sekali kita nak lihat lebih banyak lagi, mungkin negara-negara Serantau selepas ini antaranya Vietnam, Myanmar, Thailand , Sinagpura dan sebagainya boleh datang, kita oleh susun lebih banyak lagi penganjuran yang serupa kejohanan Supermokh ini,” jelasnya.
Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2023 di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) Gambang, Pahang pada 10 hingga 14 Oktober 2023 membabitkan 24 pasukan dari 10 negara.