Pengendali Thailand, Alexandre Polking memuji kekentalan yang ditampilkan anak buahnya yang merintis kepada kemaraan ke pentas final Piala AFF Suzuki 2020 untuk bertemu Indonesia pada 29 Disember dan 1 Januari nanti.
Keputusan seri tanpa jaringan yang dicatatkan pada separuh akhir kedua malam tadi menyaksikan Thailand bakal beraksi di perlawanan akhir buat kali kesembilan sejak kejohanan tersebut mula dipertandingkan pada tahun 1996.
Kejayaan itu bagaimanapun tidak hadir dengan mudah apabila Vietnam yang merupakan juara bertahan kelihat cukup bernafsu untuk mendapatkan jaringan sebaik sahaja wisel permulaan ditiupkan pengadil dari Jordan, Ahmad Yacoub Ibrahim.
Sehubungan dengan itu, Polking jelas berpuas hati dengan disiplin tinggi dipamerkan anak buahnya terutamanya ketika bertahan dengan tidak membenarkan Vietnam mendapatkan gol yang sekali gus meranapkan impian mereka untuk sekali lagi ke pentas final.
“Saya berbangga dengan para pemain, dengan cara mereka bertahan terutamanya pada separuh masa kedua,” ujar Polking menurut laporan dikeluarkan VN Express International.
“Thailand menunjukkan semangat berpasukan yang cukup hebat dan berjuang antara satu sama lain. Kami berjaya mengelakkan daripada dibolosi sepanjang perlawanan.”
“Kami tahu bahawa kami seharusnya menyerang tetapi kami tidak melakukannya kerana bertahan adalah lebih penting. Sedih sekali kerana kami kehilangan penjaga gol utama [Chatchai Bootprom] dan tidak dapat beraksi.”
“Tetapi, kami akan cuba untuk memenangi Piala AFF Suzuki buatnya,” tambah Alexandre Polking lagi.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia di sini:
Piala AFF 2020: Thailand Kental Bertahan Untuk Melangkah Ke Final
Yoshida Bangga Dengan Singapura, Tetap Terima Keputusan Pengadil
Guardiola Dedahkan Ferran Torres Sendiri Yang Sudah Tak Ada Hati Bermain Untuk City