Al Ittihad dilaporkan sangat serius mahu mendapatkan Mohamed Salah dari Liverpool.
Baca Juga:
- Chelsea Berdepan Hukuman Pemotongan Mata Kerana Kesalahan Abramovich
- Liverpool Bangkit Tewaskan Bournemouth 3-1 Dengan 10 Pemain
- RASMI: Liverpool Tandatangani Wataru Endo
Al Ittihad malah sedia menjadikan Mo Salah pemain berpendapatan paling tinggi di Liga Pro Saudi mengatasi Cristiano Ronaldo.
Ronaldo ketika ini menerima sekitar £3.2 juta seminggu – bayaran termasuk gaji asas, bonus dan juga insentif lain. Secara purata Ronaldo menerima sekitar £480 ribu sehari di Al Nassr.
Mohamed Salah yang melanjutkan kontrak bersama Liverpool sebelum ini, menerima gaji sekitar £350 ribu seminggu.
Dan Al Ittihad mampu memberikan pendapatan harian Mo Salah lebih besar daripada gajinya seminggu di Anfield.
Media Al Jazeera menyatakan bahawa Mo Salah tidak menolak untuk menerima tawaran itu. Namun ianya bergantung kepada Liverpool.
Sama ada kelab itu mahu menjualnya atau tidak. Apa yang pasti Liverpool langsung tidak berminat untuk menjual Mohamed Salah.
Liverpool have been clear with Mo Salah and Al Ittihad: no intention to negotiate, he’s considered not for sale 🚨🔴 #LFC
Al Ittihad astronomical contract bid to Salah remains valid to tempt Mo; but only way would be for Salah to force the move.
🎥 More: https://t.co/Z2vHWU1jrU pic.twitter.com/8QzyCwKH51
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 24, 2023
Jadi Al Ittihad berharap Mo Salah akan mendesak perpindahan tersebut.
Antara faktor yang membuatkan Al Ittihad merasakan Mohamed Salah berhak menjadi pemain bergaji tertinggi adalah kerana dia superstar berbangsa Arab dan beragama Islam.
Mohamed Salah boleh menjadi gandingan terbaru Karim Benzema di kelab itu jika dia mahu. Salah juga boleh bergabung semula dengan Fabinho yang turut ditandatangani kelab itu.
Beberapa minggu lalu, ejen kepada Mo Salah memberikan jaminan bahawa kliennya itu mahu terus kekal di Liverpool. Ketika itu ejen Salah menafikan berita bahawa pemain itu berminat menyertai Liga Pro Saudi.