Al Hilal sedia tewaskan Barcelona dalam perebutan mendapatkan tandatangan superstar sensasi Lionel Messi.

Baca Juga:

Al Hilal benar benar serius mahukan Lionel Messi untuk menyertai mereka secara percuma pada musim hadapan.

Kelab itu menawarkan Lionel Messi gaji terbesar dalam sejarah bola sepak iaitu €400 juta semusim. 2 kali ganda nilai gaji yang diterima Cristiano Ronaldo di Al Nassr pada ketika ini.

Kontrak Messi dengan PSG akan berakhir pada akhir musim ini. Dengan tiada tanda tanda pemain itu mahu kekal bersama kelab tersebut.

Ini kerana hubungan Messi dengan penyokong PSG adalah tidak bagus. Dia beberapa kali diboo dan diejek oleh penyokong PSG.

Al Hilal sudah memikirkan idea mendapatkan Lionel Messi sejak Al Nassr mendapatkan Ronaldo.

Namun keutamaan Messi ketika ini masih lagi bola sepak Eropah. Messi masih mahu bermain di pentas UCL untuk baki kariernya.

Perkara yang sama disebut Ronaldo sebelum ini. Tetapi akhirnya pemain itu tertarik untuk datang ke Liga Pro Saudi.

Barcelona adalah kelab yang dikaitkan sekali lagi dengan kepulangan Messi.

Dengan wakil kelab itu baru baru ini menyatakan secara terbuka bahawa mereka ada mengadakan perbincangan dengan pihak Messi untuk membawa pulang pemain itu.

Namun Barcelona perlu menyelesaikan isu FFP yang membelenggu mereka. Barcelona sedia menawarkan pakej gaji rendah kepada Messi, namun membayar pemain itu dalam bentuk bonus yang boleh mencecah €100 juta dalam tawaran mereka.

Fabrizio Romano sudah melaporkan bahawa Al Hilal sudah menghantar tawaran rasmi kepada Messi.

Selain itu, Messi turut mendapat tawaran daripada MLS – dipercayai daripada Inter Miami. Yang menawarkan pakej selepas persaraan untuk pemain itu.

Adakah Messi akan kembali semula ke Barca? Atau berkelana ke Amerika Syarikat? Yang merupakan negara idaman Messi dan isterinya untuk menetap pada suatu hari nanti.

Atau kita akan melihat kelibat Messi beraksi di Liga Pro Saudi atau di Liga Juara Juara Asia.

Segalanya kini terserah kepada Messi sepenuhnya kerana pemain itu bergelar ejen bebas. Dia tidak memerlukan izin PSG untuk bercakap dengan mana mana pasukan.