Al Hilal benar benar serius mahukan Lionel Messi menjadi pemacu kepada projek bola sepak kelab itu.
Dan Al Hilal kini sedia mendapatkan beberapa pemain bintang Eropah yang lain demi meyakinkan Lionel Messi.
Antara nama yang berada dalam radar Al Hilal ialah Sergio Busquets dan Jordi Alba. Dua pemain yang pernah beraksi bersama Messi di Barcelona.
Selain itu, Al Hilal turut berminat mendapatkan bintang PSG, Marco Verratti yang dilaporkan mahu angkat kaki daripada kelab Perancis itu.
Marco Verratti merupakan rakan sepasukan semasa Lionel Messi di PSG.
Bukti Al Hilal serius dalam projek bola sepak
Usaha untuk membawa pemain berkualiti itu adalah untuk membolehkan pasukan membentuk pasukan yang kuat berteraskan Lionel Messi.
Al Hilal sudah mengemukakan kertas tawaran kepada semua pemain tersebut – menurut laporan wartawan yang dianggap Tier 1, Mohamed Bouhafsi.
To convince Leo #Messi to join Al Hilal, the Saudi club has made an offer to Jordi #Alba and Sergio #Busquets and is going to make one to Marco #Verratti! Unheard of in football.
— Mohamed Bouhafsi (@mohamedbouhafsi) May 8, 2023
Minggu lalu, Lionel Messi bercuti di Arab Saudi. Dan ada laporan menyebut, Messi turut berbincang dengan kelab di Arab Saudi berkenaan tawaran kontrak.
Al Hilal sedia membayar Messi, tawaran dua kali ganda daripada pendapatan Cristiano Ronaldo di Al Nassr.
Ronaldo kini mendapat €200 juta semusim. Sementara Al Hilal sedia membayar Messi €400 juta semusim di kelab itu.
Al Hilal semakin serius mahukan Lionel Messi selepas kelab seteru mereka, Al Nassr mendapatkan CR7 sebagai bintang utama kelab itu.
Lionel Messi dilaporkan sudah sah tidak akan menyambung kontrak dengan PSG sebaik sahaja kontrak dia tamat pada akhir musim ini.