Kelab Arab Saudi, Al Hilal mahu mendapatkan Romelu Lukaku. Di mana mereka menawarkan £40 juta untuk membeli pemain itu.

Baca Juga:

Al Hilal malah sedia membayar Lukaku dengan gaji £70 juta selama 3 musim di kelab itu.

Ini bukan pertama kali Romelu Lukaku mendapat tawaran dari Arab Saudi. Namun dia pernah menolak kerana masih mahu bermain di Eropah terutama sekali kekal dengan Inter Milan.

Inter Milan bergelut untuk membeli Lukaku secara tetap dengan  nilai £40 juta diminta Chelsea. Hal ini kerana Inter berdepan masalah kewangan untuk berbuat demikian.

Inter berharap mereka akan dapat memujuk Chelsea membenarkan pemain itu menyertai mereka secara pinjaman sekali lagi.

Namun Chelsea menegaskan bahawa Lukaku hanya untuk dilepaskan secara perjanjian tetap.

Al Hilal akan menjadi pesaing kepada Inter Milan. Dengan tawaran gaji yang besar dan kesukaran Inter Milan untuk membeli Lukaku secara tetap, pemain antarabangsa Belgium itu kini dikatakan sedia mempertimbangkan tawaran dari kelab Arab Saudi itu.

Lukaku sudah menyatakan sebelum ini bahawa beliau tidak mahu beraksi untuk Chelsea lagi. Jadi dia dilihat lebih rela mengorbankan impian beraksi di UCL asalkan dapat meninggalkan Chelsea.

AC Milan juga merupakan antara kelab yang berminat dengan Lukaku. Namun pemain itu ternyata lebih berjiwa Inter yang merupakan musuh tradisi mereka.