Penyerang muda Malaysia yang berpotensi besar, Hadi Fayyadh Abdul Razak memberikan perkembangan positif dari sesi percubaan bersama pasukan J2 League, Roasso Kumamoto.

Aksi latihan yang diadakan di Padang Latihan Akademi Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) berjaya mengundang pujian jurulatih skuad remaja Roasso Kumamoto,  Nakao Nakayama.

Kenyataan jurulatih skuad U18 Roasso Kumamoto itu diberitahu melalui Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada yang juga penaja kepada Hadi Fayyadh untuk menyertai sesi percubaan itu.

Jurulatih berusia 42 tahun yang memiliki lesen kejurulatihan JFA kelas A memberitahu bahawa beliau kagum dengan kemampuan Hadi yang memiliki aksi tindak balas yang baik berbanding pemain di sini.

nakao nakayama

Bekas pemain Alouette Kumamoto dalam saingan Japan Football League (JFL) itu juga memberitahu Hadi Fayyadh memiliki aset fizikal yang penting sebagai seorang penyerang dengan ketinggian yang dimiliki.

Menurut laporan dari Berita Harian, Hadi Fayyadh menyatakan beliau jelas gembira menjalani latihan bersama skuad Roasso Kumamoto dan menyifatkan ia adalah medan terbaik untuk mempertingkatkan prestasinya.

“Syukurlah latihan saya berjalan dengan lancar. Saya melihat perbezaan berkaitan kaedah latihan di sini yang banyak menggunakan hantaran pendek dan tempo permainan pantas.

“Pemain di sini juga bagus kerana berani untuk belajar benda baru dan tidak takut untuk membuat silap. Mereka mempunyai kemahiran yang baik dan saya merasakan bahawa saya boleh menjadi pemain yang bagus jika berlatih di sini,” katanya.

Sumber