Skuad kebangsaan Thailand mendapat khabar baik sebelum memulakan temasya Sukan SEA 2019 apabila pengendali pasukan, Akira Nishino menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun sehingga 2021.
Perkara ini disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan pada semalam. Nishino dilantik pada Julai 2019 bagi menggantikan Milovan Rajevac yang dipecat setelah temasya Piala Asia pada awal tahun ini.
#ChangsuekBreakingNews
เพื่อความต่อเนื่อง!สมาคมฯบรรลุต่อสัญญา"นิชิโนะ"ถึงปี 2021
อ่านต่อ>> https://t.co/eqG30xrqwX#ช้างศึก #เชียร์ไทยใจเดียวกัน #TogetherAsOne #AFC #AFCU23 #Thailand #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #FAThailand #Changsuek #Seagames #Seagames2019 #ซีเกมส์2019 #AkiraNishino pic.twitter.com/JXoJIBJZDW— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) November 23, 2019
Nishino bukan sahaja diberikan tugas untuk mengendalikan pasukan senior malah beliau turut mengendalikan skuad B-22 tahun negara itu yang bakal memulakan temasya Sukan SEA hari ini.
“Saya rasa pemain Thailand mempunyai potensi sama ada pemain muda atau pemain senior. Jadi saya melihat ini sebagai tanggungjawab untuk membantu mereka untuk mempamerkan potensi sebenar yang dimiliki,” kata Akira Nishino selepas menandatangani kontrak lanjutan.
Lanjutan kontrak yang ditandatangani oleh pengendali dari Jepun itu bermakna beliau akan mengendalikan pasukan sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Thailand kini menduduki tangga ketiga, tiga mata di belakang pendahulu, Vietnam dan satu mata di belakang Malaysia.
Baca artikel lain mengenai pemain Thailand di sini:
Thailand Daftarkan Peerawat Akkatam Bagi Menggantikan Ekanit Panya
Akira Nishino Mahu Gunakan Barisan Pemain Baharu Tahun Hadapan