Pengendali skuad B-22 tahun Thailand, Akira Nishino menyasarkan pasukannya meraih kemenangan pada perlawanan pertama mereka dalam temasya Sukan SEA 2019 menentang Indonesia di Stadium Memorial Rizal, Manila hari ini.

Meskipun menghadapi pelbagai rintangan sejak tiba di Manila terutamanya mengenai pusat latihan yang disediakan oleh tuan rumah, namun Nishino menganggap perkara itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk tidak mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pertama.

“Sebelum datang ke Filipina, saya merasakan kita tidak akan berasa selesa tetapi ini lebih teruk daripada apa yang saya jangkakan. Tiada sesiapa yang berasa selesa sejak kami sampai ke sini.

“Hari ini kami menukar venue latihan dan meskipun permukaan padang tidak berada dalam keadaan yang baik, namun kami tidak perlu menempuh perjalanan yang jauh,” kata Akira Nishino menurut laporan Bangkok Post.

Pihak Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) terpaksa menyewa pusat latihan sendiri kerana pusat latihan yang disediakan oleh tuan rumah masih berada dalam proses pembinaan serta pasukan mengambil masa selama lebih dua jam untuk sampai ke destinasi.

Akira
Sumber Gambar: Changsuek

Tambah Nishino, makanan yang disediakan oleh tuan rumah juga dianggap mengecewakan dan bukan sahaja Thailand yang menghadapi situasi sedemikian malah pasukan Singapura turut terkesan dimana mereka terpaksa membeli makanan sendiri bagi diberikan kepada pemain.

“Saya mahu para pemain berada dalam persekitaran yang selesa dan mendapatkan makanan yang baik. Saya harap tuan rumah dapat memberikan dua perkara ini,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Thailand di sini:

Thailand Batal Sesi Latihan Pertama, Sewa Padang Latihan Sendiri Menjelang Perlawanan Bertemu Vietnam

Thailand Daftarkan Peerawat Akkatam Bagi Menggantikan Ekanit Panya