West Ham United terus bergelut dalam usaha mendapatkan pemain sasaran mereka termasuk Carlos Borges yang telah disambar oleh Ajax.

Baca Juga:

Borges sebelum ini sudah melakukan rundingan dengan West Ham. Pemain akademi Man City itu antara prospek masa depan yang baik di England.

Namun dia tidak ada peluang langsung untuk menjadi pemain utama dalam pasukan Man City yang sedia ada ini. Akhirnya kelab setuju melepaskan pemain itu pada jendela perpindahan kali ini.

West Ham sudah melakukan segala proses untuk mendapatkan Borges. Dan mereka juga dalam proses akhir untuk melepaskan Scamacca ke Inter Milan.

Fabrizio Romano melaporkan, West Ham sangat hampir untuk mendapatkan Borges sebelum Ajax datang dan merampas tandatangan pemain itu.

Fabrizio juga mendedahkan bahawa proses itu sebenarnya hanya tinggal untuk temujanji ujian medikal. Namun ianya tak berlaku.

Borges awalnya memang sedia untuk menyertai West Ham. Namun setelah mendengar Ajax mahukannya, pemain itu tanpa berfikir panjang telah memberitahu Man City bahawa dia mahu ke Ajax.

Ajax dan Man City sepakat dengan harga £12 juta untuk pemain tersebut. Angka itu tidak termasuk dengan bonus.

Kini West Ham masih gagal mendapatkan sasaran utama mereka. Ini termasuk kesukaran mencapai kesepakatan harga untuk Harry Maguire, Scott McTominay dan Conor Gallagher.

Di mana kesemua pemain itu seolah olah diletakkan harga berbeza – jauh lebih tinggi apabila West Ham datang mengetuk pintu mahu berunding.

Selain itu mereka turut gagal untuk mendapatkan James Ward Prowse yang awalnya dilihat akan datang ke kelab itu.

Banyak kelab cuba menetapkan harga tinggi ke atas juara UECL itu kerana mereka sudah berjaya menjual Declan Rice dengan nilai £105 juta.