Adik-beradik Niguez, Saul dan Aaron melancarkan sebuah projek bola sepak yang diberi nama Costa City Club, projek yang akan memberi fokus terhadap pembangunan di peringkat akar umbi di bandar kelahiran kedua pemain iaitu Elche.
Saul membuat pengumumam mengenai projek baharu beliau di laman media sosial Twitter dimana usaha tersebut akan memulakan operasi pada musim 2020/2021 dan akan melibatkan 30 kelab dan 500 pemain di semua peringkat umur.
THERE IS A NEW TEAM IN THE CITY @clubcostacity
🔗 https://t.co/5DnWj0KRYQ pic.twitter.com/qk980lCi0R
— Saúl Ñiguez (@saulniguez) June 3, 2020
“Matlamat utama Saul dan Aaron ialah untuk memberikan pendidikan yang komprehensif kepada pemain muda dari segi sukan yang mana akan membolehkan pemain untuk melihat gambaran bagaimana untuk menyertai kelab bola sepak elit.
“Costa City Club ditubuhkan dengan semangat pembangunan dan development untuk mencapai tahap profesional dalam persekitaran bola sepak Sepanyol pada masa akan datang,” dipetik daripada kenyataan rasmi Costa City.
Costa City memfokuskan pembangunan pemain lelaki dan wanita dari usia 4 hingga 18 tahun. Projek tersebut bukan saha fokus terhadap bola sepak tetapi dari segi human development dan juga pendidikan.
Baca artikel mengenai adik-beradik Niguez di sini:
United Mahukan Saul Niguez, Atletico Letak Harga €150 Juta