Alan Brazil dari TalkSports mendedahkan bahawa ada beberapa pemain Manchester United mempersoalkan pengurusan manusia oleh Erik Ten Hag.

Ini selepas layanan pengurus itu terhadap Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho.

Erik Ten Hag Anggap Sancho Toksik Yang Harus Disingkirkan Segera

Menurut pemain tersebut, Ronaldo dan Sancho dua pemain yang hebat dan sangat rajin ketika latihan.

Musim sebelum ini Ronaldo mengecam cara Ten Hag menguruskan pemain sebagai seorang insan. Ketika itu Ronaldo masih meratapi anaknya yang gugur dalam kandungan.

Namun pengurus itu sudah mendesak pemain itu segera kembali ke Man United dan bertugas. Ronaldo juga terpaksa bermain aksi berikutnya dalam keadaan dia masih lagi dalam mood berkabung.

Kemudian Ronaldo disisihkan daripada kesebelasan utama kerana dianggap tidak bagus dalam taktikal Ten Hag. Membuatkan pemain itu bengang dan meluahkannya dalam wawancara kontroversi dengan Piers Morgan.

Masa depan Ronaldo di Old Trafford berakhir apabila dia mengisytihar dia tak akan beraksi di bawah Ten Hag dan tak akan menghormati jurulatih yang tidak pernah menghormatinya.

Ronaldo merupakan penjaring terbanyak Man United pada musim sebelum kedatangan Ten Hag tetapi dia tidak diberikan tempat secara konsisten dalam kesebelasan utama.

Musim ini, Ten Hag berkonflik dengan Sancho pula. Pemain yang dianggap tidak menunjukkan prestasi terbaik di latihan. Perkara itu dibantah pemain itu yang menyindir Ten Hag secara terbuka di Twitter.

Sancho juga dalam proses untuk dijual ke kelab lain. Ten Hag sudah memberikan peluang kepada pemain itu meminta maaf, namun dia enggan.

Alan Brazil yang juga merupakan bekas pemain Man United berkata dia mendengar sendiri ada pemain mempersoalkan pengurusan Ten Hag.

Alan Brazil menyatakan: “Ini apa yang saya dengar sendiri daripada seorang pemain United, yang saya sangat kenali. Dia berkata, pemain pemain tidak gembira dengan Ten Hag.”

“Mereka menyampah dengan cara Ten Hag melayan Ronaldo dan menganggap Sancho sebagai insan yang sangat baik serta pemain yang berkerja keras.”