Erik ten Hag berkata para pemainnya ada masalah kekurangan keyakinan diri dan itu telah punca kekalahan Manchester United pada hari pembukaan kepada Brighton.
Sambil menyatakan bahawa para pemainnya masih dibayangi dengan rasa ‘mabuk’ daripada prestasi buruk musim lalu.
Perlawanan kompetitif yang pertama Ten Hag sebagai bos United berakhir dengan kekalahan 2-1 di Old Trafford ketika era pengurus Belanda itu bermula dengan permulaan yang paling buruk.
Pascal Gross menjaringkan dua gol untuk meletakkan Brighton mendahului 2-0 pada separuh masa, dan Ten Hag berkata keyakinan pasukannya telah hancur selepas permulaan yang positif.
“Saya fikir ia adalah permulaan yang baik dan kemudian selepas tahap kepercayaan kami merosot, kami melakukan kesilapan dan pihak lawan menghukum kami,” kata Ten Hag dalam sidang akhbar selepas perlawanan.
“Saya boleh faham bahawa [kekurangan kepercayaan diri] selepas apa yang berlaku tahun lepas tetapi ia tidak perlu ada masa ini. Mereka pemain yang bagus; kepercayaan diri adalah daripada diri sendiri.”
“Saya tahu ia [kekalahan] boleh berlaku, tetapi saya fikir kami sepatutnya melakukan yang lebih baik, itu jelas, tetapi ia juga tidak akan berlaku dalam sekelip mata.”
“Hari ini kami mengalami tempoh yang lebih teruk pada separuh masa pertama dan kami perlu belajar daripada itu. Itu juga jelas.”
Ten Hag memulakan permainan dengan pemain baru Christian Eriksen yang dilantik sebagai pemain No. 9 jadian dengan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan.
Ronaldo kelihatan bersedia untuk bermula selepas kecederaan Anthony Martial, tetapi selepas itu Ten Hag mempertahankan keputusannya untuk meletakkan pemain berusia 37 tahun itu di bangku simpanan.
Cristiano Ronaldo is benched by Erik ten Hag 😬 pic.twitter.com/wT5H8xouP3
— GOAL (@goal) August 7, 2022
“Sekiranya ada penyerang yang tersedia, saya akan bermain dengannya,” kata Ten Hag.
“Cristiano Ronaldo kini mungkin baru 10 hari dalam latihan pasukan dan terlalu singkat untuk 90 minit, jadi itulah sebab kami tidak memulakannya. Kami mempunyai dua penyerang [Martial dan Ronaldo], mungkin yang ketiga, [Marcus] Rashford .”
“Kami menganggapnya [Rashford] sebagai penyerang [no.9] tetapi dia mempunyai musim yang sangat baik di bahagian kiri dan dia mempunyai dua peluang yang sangat baik.”
“Nombor sembilan yang biasa tidak tersedia hari ini.”
"I'm not satisfied, totally not" 😤
Erik ten Hag says today's defeat was a 'real disappointment' and it will take time to get Man Utd back on top… pic.twitter.com/Z3ygzSmWwE
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 7, 2022