Malaysia Football League (MFL) hari ini mengesahkan 5 pasukan yang bertanding di Liga Premier 2021 telah lulus dan diberikan lesen kelab kebangsaan untuk membolehkan mereka bertanding dalam Liga Super 2022 atau Liga Premier 2022 jika layak.
Lima kelab yang diberikan lesen kebangsaan itu adalah Kelantan FC, Kuching City FC, Kelantan United FC, Negeri Sembilan FC dan PDRM FC.
Manakala satu lagi pasukan yang layak ke Liga Super musim depan iaitu Sarawak United FC telah diberikan lesen kebangsaan dengan bersyarat. Hal ini kerana mereka mempunyai hutang tertunggak dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang belum diselesaikan.
“Sarawak United FC harus menyerahkan pembayaran / bukti penyelesaian atas hutang tertunggak mereka terhadap LHDN 2021 kepada Pelesenan Kelab MFL selewat-lewatnya pada 20 Nov 2021. FIB juga akan meminta lebih banyak maklumat kewangan dari Sarawak United FC kerana keraguan terhadap kemampuan pemegang lesen untuk terus mencetuskan kebimbangan berterusan sehingga akhir musim,” kata kenyataan daripada Pengerusi FIB Pelesenan Kelab MFL, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif.
Sebanyak 12 pasukan yang bertanding di Liga Super 2021 dan lima pasukan yang bertanding di Liga Premier 2021 telah lulus dan diberikan lesen kelab kebangsaan bagi membolehkan mereka beraksi dalam Liga Super 2022 atau Liga Premier 2022.
Baca lanjut ⤵#MFL
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 21, 2021
Selain itu, Pentadbiran Pelesenan Kelab MFL juga akan melakukan lawatan ke lokasi untuk tujuan siasatan selanjutnya.
“Sekiranya Sarawak United FC gagal bekerjasama atau memenuhi syarat dengan cara apa pun, perkara akan diajukan kepada FIB dan sekatan berdasarkan Artikel 2.4 Peraturan Kelab MFL 2021 boleh dikenakan termasuk tetapi tidak terbatas pada pemindahan larangan, penyingkiran ke pembahagian bawah dan pengeluaran lesen,” jelas Sheikh Mohd Nasir.
Sarawak United juga gagal mendapatkan lesen AFC mereka kerana gagal memenuhi syarat yang ditetapkan untuk pelesenan AFC.
Lesen AFC dan kebangsaan yang diberikan hanya berlaku untuk satu musim untuk musim 2022 dan sepanjang musim, jika ada kelab yang didapati melanggar artikel yang terdapat dalam MFL Club Licensing Regulations Edisi 2021 atau atau mana-mana syarat untuk pengeluaran lesen tidak lagi dipenuhi, lesen mereka boleh ditarik balik.
Sekiranya terbukti bahawa kelab-kelab yang telah memperolehi lesen untuk tahun 2022 dan mempunyai tunggakan gaji yang belum dapat diselesaikan dengan pemain dan pegawai pada akhir musim ini iaitu pada bulan November 2021 dan pada pengisytiharan berkanun mereka, maka larangan perpindahan pemain segera akan dikenakan kepada kelab masing-masing.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
10 Pasukan Liga Super Dapat Lesen AFC Kecuali Melaka United Dan Sri Pahang
KFA Akan Berunding Dengan LHDN Untuk Hapus Kira Tunggakan Cukai Tahun Lalu
Hanya 5,000 Hingga 20,000 Penyokong Dibenarkan Masuk Ke Stadium
Kuala Lumpur City Jalin Hubungan Kerjasama Dengan Kelab Gergasi Iran, Sepahan SC