Perlawanan saingan AFC Champions League (ACL) 2020 membabitkan kelab K-League, FC Seoul menentang Chiangrai United pada 3 Mac ini bakal dijalankan secara tertutup ekoran penyebaran wabak Coronavirus (Covid-19) yang sedang melanda Korea Selatan ketika ini.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) mengambil keputusan dimana semua perlawanan Liga Korea (K-League) pada musim 2020 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan penularan wabak Covid-19 yang semakin serius.

https://twitter.com/AFP_Sport/status/1232207079156273152

Pada mulanya, ramai pihak menjangkakan perlawanan antara Chiangrai menentang FC Seoul akan ditunda ke satu tarikh lain namun setelah KFA berhubung dengan pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), perlawanan tersebut diteruskan tetapi penonton tidak dibenarkan hadir ke stadium.

Selain FC Seoul dan Chaingrai United yang menerima tempias akibat daripada penularan wabak Covid-19 ini, kelab dari Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) juga terkesan dimana perlawanan mereka menentang Guangzou Evegrande yang sepatutnya dijalankan pada Mac ini ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Baca artikel lain mengenai perlawanan bola sepak yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 di sini:

Liga Korea Terpaksa Ditangguhkan Kerana Wabak Coronavirus

FAM Batalkan Perlawanan Persahabatan Bertemu Bahrain Kerana COVID-19, BFA Akur Arahan Kerajaan Bahrain

Liga Super China Musim 2020 Ditangguhkan Kerana Wabak Coronavirus