Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan harga tiket perlawanan akhir Piala FA 2022 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September 2022 (Sabtu).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, senarai harga tiket perlawanan akhir Piala FA tahun ini dikekalkan seperti perlawanan akhir TM Piala Malaysia tahun lepas bermula dengan General Admission yang berharga RM50 dan RM70, Premium Granstand RM150 serta satu kategori baru VIP Grandstand RM200.
“MFL telah menetapkan empat ‘tier’ harga tiket bagi perlawanan akhir Piala FA 2022 di mana MFL masih mengekalkan harga General Admission RM50 dan RM70 serta Premium Grandstand RM150 meskipun saban tahun berdepan dengan peningkatan kos penganjuran.
“Bagaimanapun bagi kali ini, MFL memperkenalkan tiket VIP Grandstand yang berharga RM200. Empat ‘tier’ tiket ini bagi memberi lebih pilihan kepada penyokong-penyokong untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan final itu nanti,” katanya.
Dalam pada itu, MFL turut mengumumkan sebanyak 78,000 tiket perlawanan akhir Piala FA 2022 akan dijual. MFL juga memutuskan untuk menyerahkan urusan jualan tiket yang telah diperuntukan kepada setiap kelab untuk dijual kepada penyokong masing-masing.
Ini adalah bagi memastikan tiket yang dijual dapat dibeli oleh penyokong pasukan finalis secara sama rata dan adil.
Maklumat lanjut mengenai proses jualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh pihak Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim dalam masa terdekat.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.
Final Piala FA Serentak Dengan Konsert Dewa 19, Bukit Jalil Dijangka Sesak Teruk Pada 10 September
Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Dihantar Ke FIFA Untuk Pencalonan Anugerah PUSKAS